Bomoh Indonesia mahu santau Presiden Bush
Jika ada orang yang dikatakan dapat meraih keuntungan dari lawatan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush ke kota ini Isnin ini, beliau ialah Shaman Ki Gendeng Pamungkas.
Jika ada orang yang dikatakan dapat meraih keuntungan dari lawatan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush ke kota ini Isnin ini, beliau ialah Shaman Ki Gendeng Pamungkas.
Tindakan dukun ini menarik perhatian banyak pihak termasuk sejumlah besar pertubuhan bukan kerajaan yang mengadakan protes di seluruh negara sejak dua minggu lalu membantah lawatan Bush ke Indonesia selama 10 jam.
Ki Gendeng menjadi buah mulut penduduk kota ini selepas beliau melakukan sumpah dan dikata akan mengenakan santau ke atas Bush di Medan Kujang semalam.
Perbuatannya itu mendapat liputan utama akhbar tempatan yang menyertakan gambar beliau sedang melakukan perbuatan tersebut.
Dukun itu yang mendakwa menggunakan gabungan darah kambing, ular dan gagak berkata beliau melakukan sumpahan itu bukan kerana beliau tidak sukakan rakyat Amerika tetapi bencikan Bush.
Jatuh imej
Mengulas secara on-line tindakan Ki Gendeng, ramai orang berpendapat ia tidak lebih dari satu pertunjukan menghiburkan sementara yang lain berkata ia menjatuhkan imej negara.
Seorang daripada mereka secara berjenaka berkata, jika sumpahan itu terbukti mendatangkan kesan ke atas Bush dan rombongannya, yang dikatakan akan kerasukan ketika memasuki Istana Bogor untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, maka Ki Gendeng akan ketawa besar menuju ke bank.
Beliau akan jadi rebutan di seantero dunia dan akan diambil bertugas oleh CIA (Agensi Perisik Pusat) AS atau Arab untuk menghapuskan musuh masing-masing.
Tetapi jika beliau gagal, Indonesia akan jadi bahan ketawa dunia, kata seorang pengulas.
Seorang penganalisis sosial, Salleh Dani memberitahu Bernama Jumaat beliau sedih membaca berita mengenai demonstrasi membantah Bush, bukan kerana beliau pro-Bush atau lawatan itu sendiri, tetapi ia membuktikan betapa mudahnya melencongkan perhatian warga Indonesia hingga sanggup meninggalkan kerja dan kehilangan punca rezeki.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.