Umno tidak akan masuk ke S'wak, kata Abang Johari
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata Umno tidak akan masuk ke Sarawak dan menyifatkan isu itu sudah lapuk.
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata Umno tidak akan masuk ke Sarawak dan menyifatkan isu itu sudah lapuk.
Katanya, isu tersebut tidak seharusnya dibangkitkan kerana "kerana sudah jelas Umno tidak akan masuk ke Sarawak".
Oleh itu, Abang Johari menyifatkan usaha jawatankuasa penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) untuk membawa parti itu ke Sarawak dianggap satu "bahan tawa".
Menurut laporan Bernama, jawatankuasa penaja itu dianggotai oleh sekumpulan 14 orang Melayu untuk cuba membawa Umno ke Sarawak.
Pada 10 November lalu, Pengerusi JPUNS Affendi Jeman dilaporkan berkata, jawatankuasa itu dianggotai veteran dan profesional Melayu dan ketika ini mendapat sokongan 100,000 penduduk Sarawak.
Sambil mempertikaikan kredibiliti jawatankuasa itu, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan: "Semua orang boleh cakap tapi janganlah percaya dengan berita seperti ini."
Mengenai dakwaan jawatankuasa itu bahawa kira-kira 100,000 rakyat Sarawak sudah mendaftar sebagai ahli Umno, Abang Johari berkata: "Dia boleh letak berapa jumlah dia mahu, tapi ini semua tidak ada kredibiliti, ini perkara lawak."
Katanya, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad telah memberi penjelasan minggu lalu bahawa ibu pejabat Umno tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menubuhkan Umno di Sarawak.

