Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN Melaka: PAS yakin parti dalam k'jaan capai kata sepakat
Diterbitkan:  Nov 4, 2021 5:36 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

PAS yakin kesepakatan antara parti-parti di dalam kerajaan akan dapat dicapai dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata meskipun penaman calon bagi PRN Melaka hanya berbaki tiga hari lagi, usaha dan rundingan masih berlangsung bagi mengelak berlakunya pertembungan antara PAS, Umno dan Bersatu.

“Secara idealnya parti-parti yang ada dalam Kerajaan Persekutuan tidak boleh bertanding menentang satu sama lain. Inilah yang dipopularkan oleh Presiden PAS sendiri (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kita ini sebagai ‘mediator’ atau pemudah cara untuk tidak wujudnynya perpecahan.

“Di Melaka ini, ada 28 kerusi kalau bahagi tiga itu sudah banyak dapat. Dalam sembilan atau 10 seorang (setiap parti). Kita perlukan hanya 19 kerusi untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Kita boleh bertanding 28 kerusi kalau tidak ada pertandingan tiga penjuru, jadi kita cuba elak lah,” katanya dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-67, di Kuala Terengganu hari ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, 8 Nov hari penamaan calon dan 16 Nov tarikh undi awal.

- Bernama

Lihat Komen
ADS