Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRN MELAKA | BN Melaka menampilkan lebih ramai muka baru sebagai calon pada pilihan raya negeri itu akan datang.

Hanya empat daripada 13 penyandang Dewan Undangan Negeri dipilih semula sebagai calon, manakala lima daripada 28 calon terdiri daripada wanita.

Umno meletakkan seramai 20 calon untuk bertanding pada PRN itu berbanding 18 calon pada pilihan raya umum (PRU) 2018.

MCA meletakkan tujuh calon - kurang satu berbanding pada PRU 2018, manakala MIC meletakkan seorang calon, sama seperti sebelum ini.

Kerusi DUN Pengkalan Batu yang sebelum ini diperuntukkan kepada Gerakan pula kini diserahkan kepada Umno.

MCA juga akan menyerahkan kerusi DUN Duyong kepada Umno.

BN meletakkan semula tiga calon yang tewas  pada PRU 2018 iaitu Lim Ban Hong (Kelebang), Koh Chin Han (Bemban) dan Abdul Razak Abdul Rahman (Telok Mas).

Lim merupakan satu-satunya calon yang pernah memenangi kerusi sebelum ini iaitu di DUN Kelebang bagi penggal 2013 hingga 2018.

Menariknya, Umno mengekalkan Muhammad Jailani Khamis sebagai calon di DUN Rembia, meskipun baru menyertai parti itu pada Januari tahun ini.

Semasa PRU 2018, Jailani yang mewakili PKR ketika itu merampas kerusi berkenaan daripada Umno. Jailani keluar daripada PKR pada Mac lalu dan menyertai Umno.

Penamaan calon bagi PRN Melaka ditetapkan pada Isnin ini (8 Nov) manakala hari mengundi dijadualkan pada 20 Nov.

Senarai penuh calon BN, adalah seperti berikut:

Kuala Linggi - Rosli Abdullah* (Umno)
Tanjung Bidara - Ab Rauf Yusoh (Umno)
Ayer Limau - Hameed Mytheen Kunju Basheer (Umno)
Lendu - Sulaiman Md Ali* (Umno)
Taboh Naning - Zulkiflee Hj Mohd Zin (Umno)
Rembia - Muhammad Jailani Khamis* (Umno)
Gadek - Nadarajah Sellappa (MIC)
Machap Jaya - Ngwe Hee Sem (MCA)
Durian Tunggal - Zahari Abd Kalil (Umno)
Asahan - Fairul Nizam Roslan (Umno)
Sungai Udang - Fasarul Md Isa (Umno)
Pantai Kundor - Mohamad Ali Haji Mohamad (Umno)
Paya Rumput - Rais Yasin (Umno)
Kelebang - Lim Ban Hong (MCA)
Pengkalan Batu - Kalsom Nordin (Umno)
Ayer Keroh - Yong Fun Juan (MCA)
Bukit Katil - Hasnoor Sdg Husin (Umno)
Ayer Molek - Rahmad Mariman* (Umno)
Kesidang - Leong Hui Ying (MCA)
Kota Laksamana - Benjamin Low Chin Hong(MCA)
Duyong - Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Umno)
Bandar Hilir - Lee Kah Sean (MCA)
Telok Mas - Abdul Razak Hj Abdul Rahman (Umno)
Bemban - Koh Chin Han (MCA)
Rim - Khaidiriah Abu Zahar (Umno)
Serkam - Zaidi Attan* (Umno)
Merlimau - Dr Muhammad Akmal Saleh (Umno)
Sungai Rambai- Siti Faizah Abdul Azis (Umno)

*Penyandang kerusi DUN

Lihat Komen
ADS