Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Mukhriz Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Hussein tidak lama lagi bagi menjelaskan pendiriannya berhubung isu komennya terhadap uacapan Presiden yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Seorang pembantunya berkata, temujanji dengan Hishamuddin sedang diatur, kemungkinan besar dalam dua tiga ini selepas Menteri Pelajaran itu kembali dari bercuti.

" Hishamuddin sedang bercuti, kami difahamkan beliau akan kembali bertugas pada Rabu ini. Beliau mahukan penjelasan dari Datuk (Mukhriz), dan Datuk tak ada masalah untuk menjawab segala kemusykilan itu," katanya.

Sementara itu Mukhriz yang dihubungi malaysiakini pula enggan mengulas segala kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak dua tiga hari ini.

" Saya tak ada apa nak komen sekarang...maaf, tunggu dulu.." katanya.

Anak bekas Perdana Menteri itu menjadi sasaran kritikan para pemimpin Umno sejak Khamis lalu apabila beliau menyatakan beliau "sedikit kecewa kerana tiada apa yang baru" dalam ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan perhimpunan tersebut minggu lalu.

Para pemimpin Umno seperti, Datuk Zahid Hamidi, Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyifatkan komen Mukhriz itu sebgai tidak wajar dan tidak menghormati Presiden parti.

Mereka mahu Mukhriz memohon maaf kepada Abdullah kerana tindakannya dianggap memperlekehkan Presiden parti.

Hishamuddin dan barisan exco Pemuda pula telah mengadakan mesyuara tergempar Khamis lalu bagi mmebincangkan tindak tanduk Mukhriz itu dan memberi amaran akan mengenakan tindakan disiplin ke atas anak Dr Mahathir Mohamad itu.

Malah semalam Ketua Pemuda Umno itu dilaporkan telah memberi tempoh dua hari kepada Mukhrizu untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu, sebelum sebarang tindakan di kenakan ke atasnya.

Menurut pembantu Mukhriz itu lagi, "kekecohan" terahdap kenyataan Mukhriz itu tidak sepatutnya timnbul kerana beliau bukan menghentam atau menentang Presiden parti, sekadar memberikan pandangannya sahaja.

"Para pemimpin Umno yang mengkritik Mukhriz sebenarnya tersilap dan emosional. Malah ada antaranya seperti Datuk Zahid terlupa bahawa beliau sendiri pernah mengkritik Dr Mahathir semasa menjadi Ketua Pemuda Umno,"tambahnya.

ADS