Sebuah lagi badan bukan kerajaan (NGO) yang disebut dalam perhimpunan agung Umno minggu lalu, telah menafikan tuduhan bahawa ia terbabit dalam aktiviti-aktiviti yang mengancam agama Islam.

Dalam satu kenyataan, ahli lembaga Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Jerald Joseph menafikan dakwaan perwakilan Umno Tasek Gelugor, Shahbudin Yahya, yang menamakan pusat itu sebagai satu daripada lima badan yang menjalankan aktiviti yang mengancam agama Islam di Malaysia.

"Amat memeranjatkan bahawa sesetengah komen yang dibuat (di perhimpunan itu) begitu berbaur perkauman," tegas Joseph.

Sebaliknya, kata beliau, Komas berusaha meningkatkan persefahaman mengenai hubungan kaum melalui perbincangan dan usaha ini sepatutnya dipuji dan bukannya dicela.

Shahbudin, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, dilaporkan berkata, terdapat NGO "seperti Majlis Antara Agama, Gabungan Artikel 11, Sisters in Islam dan Komas yang disokong dan dibiayai oleh badan asing yangdikenali sebagai Konrad Adenauer Foundation".

Prinsip tanpa diskriminasi

Joseph berkata, Komas memperjuangkan liberalisme dan pluralisme dalam beragama dengan menyediakan risalah mengenai agama.

Katanya, sejak 2005, Komas telah menjalankan program untuk mempromosi prinsip tanpa diskriminasi seperti yang terkandung dalam perlembagaaan dan undang-undang hak asasi antarabangsa.

Sebuah video yang dikeluarkan, memaparkan "pelbagai perbezaan aspek dalam realiti sosial Malaysia dan gambaran mengenai masyarakat pelbagai kaum" bagi menggalakkan perbincangan dan menghapuskan sebarang rasa prejudis, jelasnya.

"Komas hanya boleh membuat kesimpulan bahawa masih yang perlu dipelajari oleh perwakilan (Shahbudin) dan menyedari bahawa rakyat Malaysia perlu lebih terbuka kepada...(perbincangan) secara jujur dan bersungguh-sungguh...bagi memahami keadaan hubungan kaum di negara kita," katanya.

Sabtu lalu, Saturday, SIS dan Rangkaian Antara Agama Malaysia turut menafikan dakwaan Shahbudin itu. Berita asal