eksklusif Agak pelik juga bagi seorang yang dihukum penjara sewaktu zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ahli biologi dan penulis Munawar A Aness masih ada perasaan hormat terhadap bekas Perdana Menteri.

Anees, 58, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri lapan tahun lalu, mungkin atas arahan Dr Mahathir, enggan membiarkan pengalaman pahitnya mempengaruhi pandangannya mengenai bekas Perdana Menteri itu.

"Walaupun Tragedi 1998 berlaku ketika Dr Mahathir menjadi Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan tahanan di bawah ISA, tetapi perbalahan politik tidak seharusnya mengenepikan sumbangan Dr Mahathir kepada masyarakat.

Menurut Aness, yang menjadi penulis ucapan dan orang kepercayaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar nasional Dr Mahathir mestilah dihakimi secara adil.

"Walaupun salah untuk membina pemujaan personaliti sama ada terhadap Anwar atau Dr Mahathir, tetapi ianya juga tidak betul jika sumbangan mereka lenyap begitu sahaja dalam kabus politik," katanya.

"Negara yang tidak memberi penghormatan sewajarnya kepada pemimpin mereka, juga akan kurang dihormati," katanya.

Anees seorang penulis rakyat Amerika keturunan Pakistan adalah lulusan biologi dan merupakan seorang intelek Islam yang dihormati di peringkat antarabangsa turut terbabit dalam krisis 1988 di mana Anwar dipecat dari kerajaan dan parti pemerintah, Umno.

Dia ditangkap pada 14 September 1988 dan ditahan dibenarkan bertemu dengan sesiapapun, diseksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu bahawa "dia membenarkan dirinya diliwat" oleh Anwar dan kemudiannya menjalani hukuman empat bulan penjara.

Dalam bahagian kedua wawancaranya melalui emel dengan malaysiakini, Anees bercakap mengenai pertemuan semula dengan Anwar, pandangannya mengenai perbalahan antara Dr Mahathir dan pengganti pilihannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan penghargaannya kepada mereka yang sentiasa bersama ketika dia menjalani saat paling hitam dalam hidupnya.

Malaysiakini: Bila anda bertemu Anwar selepas beliau dibebaskan pada September 2004?

Munawar A Anees: Pertemuan pertama kali itu adalah di London pada awal 2005, kira-kira tiga bulan selepas Anwar memperolehi kebebasannya. Saya dijemput ke sana untuk menghadiri satu persidangan antarabangsa mengenai bio-etika dan Anwar pula berada di Oxford. Ia satu pertemuan yang menusuk hari. Kami bertemu selama kira-kira 30 minit. Saya begitu sedih melihat keadaan fizikal Anwar kerana beliau masih lagi mengadu sakit.

Pertemuan seterusnya adalah beberapa bulan kemudiannya, atas jemputan Anwa di Washington dan kami bersama selama tempat hari. Saya ingin tahu mengenai rancangan masa depannya, dan begitu juga dengan beliau yang ingin tahu mengenai rancangan masa depan saya. Kami berbincangan mengenai banyak isu bersama, terutama mengenai dunia selepas peristiwa 9/11. Anwar dan saya masih berhubungan antara satu sama lain melalui emel dan telefon.

Anda rasa Anwar mempunyai masa depan sebagai pemimpin pembangkang?

Bakat kepimpinan yang ada pada Anwar adalah sesuatu diwarisinya sejak zaman beliau bersama Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Jadi tidak timbul persoalan sama ada beliau akan menjadi pemimpin yang lebih bersama jika bersama pembangkang atau bersama kerajaan. Orang beliau berhujah mengenai stail kepimpinan, tetapi rekod prestasi Anwar sudah cukup sebagai bukti.

Jika tidak silap saya, beliau mungkin merupakan seorang yang memegang paling banyak portfolio (dalam kerajaan), adakalanya dua kali: (kementerian) sukan, pertanian, kewangan dan kemudiannya menjadi timbalan perdana menteri. Itu tidak termasuk jawatannya dalam Universiti Islam Antarabangsa dan Unesco. Sudah tentunya, jika anda berada di kedudukan yang baik seumpama itu, maka ada mempunyai kelebihan tambahan untuk melaksanakan program yang rancang, sesuatu yang pada kebiasaannya, tidak ada pada pembangkang.

Oleh itu, dalam urustadbir mengikut sistem demokrasi, peranan kepimpinan mesti ditaksir dari segi nilai dan bukannya kedudukan politik. Sehubungan itu, kepimpinan Anwar sebelum ini turut membantu. Tidak seperti Dr Mahathir, dia tidak dikenali sebagai seorang pembina institusi. Beliau adalah seorang individu beridea yang bertaraf global.

Manakala Dr Mahathir menterjemahkan secara fizikal wawasannya untuk menjadi Malaysia sebuah negara maju melalui pembinaan infrastruktur dan perbandaran, Anwar juga mempunyai pandangan yang sama tetapi dalam landskap intelektual. Saya masih ingat komen positif Dr Mahathir mengenai persimbangan ini dalam salah satu wawancaranya dengan Asiaweek.

Apakah pandangan anda mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?

Saya bertemu dengan Perdana Menteri hanya sekali dan ketika itu beliau bukan anggota kabinet Dr Mahathir. Ia sebelum beliau dilantik menerajui Wisma Putra. Petang itu, saya dan Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar sedang minum kopi di Bangsar apabila kami ternampak beliau lalu di situ. Beliau duduk bersama dan saya dapati beliau adalah seorang yang lembut dan baik budi bahasanya.

Malangnya, apa yang telah berlaku, tidak membolehkan saya untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Tetapi dari apa yang saya baca sejak beliau menjadi Perdana Menteri, nampaknya di bawah pentadbirannya, Malaysia sedang melalu satu perubahan yang menyegarkan.

Kehadiran Dr Mahathir yang begitu lama dalam pentadbiran Malaysia dan dasar-dasarnya yang dinamik, tentulah telah menaikkan jangkaan popularitinya. Usaha untuk mengekalkan momentum pertumbuhan tersebut, menjadi cabaran utama bagi Perdana Menteri Abdullah.

Ia juga menarik melihat initiatif beliau berhubung Islam Hadhari terutama ketika wujudnya pertikaian dalaman antara orang Islam dan Islamophobia yang boleh mencemarkan imej Islam.

Apakah pandangan anda mengenai tindakan Dr Mahathir campurtangan dalam pentadbiran sekarang?

Selaras dengan tradisi Voltaire, saya mempertahankan hak Dr Mahathir untuk menyatakan apa sahaja, tetapi saya merasa tidak selesa kerana beliau memilih untuk mengkritik Perdana Menteri Abdullah secara terbuka.

Ini nampaknya bercanggah dengan status seorang negarawan. Pada masa yang sama, seperti yang ditegaskan oleh Anwar, kritikan yang sah mesti ditangani.

"Walaupun Tragedi 1998 berlaku ketika Dr Mahathir menjadi Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan tahanan di bawah ISA, tetapi perbalahan politik tidak seharusnya mengenepikan sumbangan Dr Mahathir kepada masyarakat.

Dari perpektif kemanusian, Anwar telah mempertahankan hak Dr Mahathir untuk menyuarakan pandangannya. Malah, beliau dilaporkan berkata, Dr Mahathir bebas untuk menyertai sebuah parti politik pilihannya. Ini mewujudkan suatu persekitaran yang sihat di mana perbezaan peribadi diketepikan demi kestabilan politik. Begitu juga kunjungan Perdana Menteri Abdullah ketika Dr Mahathir mengalami serangan jantung ringan, juga sesuatu yang terpuji.

Dasar-dasar nasional Dr Mahathir mestilah dihakimi secara adil. Walaupun salah untuk memuja personaliti sama ada terhadap Anwar atau Dr Mahathir, tetapi ianya juga tidak betul jika sumbangan mereka lenyap begitu sahaja dalam kabus politik. Negara yang tidak memberi penghormatan sewajarnya kepada para pemimpin mereka, juga kurang dihormati.

Apakah yang terjadi selepas anda dibebaskan dari penjara pada 1999?

Selepas penderaan tdi tangan Cawangan Khas, saya terus dirawat di hospital sebagai pesakit jantung dan psikiatrik selama hampir 126 hari.

Menteri Luar Pakistan ketika itu, Sartaj Aziz, telah mengambil langkah luarbiasa sebanyak dua kali, dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan untuk memastikan saya diberi layanan yang berperi kemanusiaan. Pesuruhjaya Pakistan ke Malaysia, Musa Javed Choohan dan pegawai kanannya secara peribadi memastikan ia dipatuhi.

Meskipun demikian, saya digari sepanjang masa ke katil hospital. Selepas pembebasan saya, saya dibawa dari hospital terus ke kediaman Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di mana saya tinggal untuk beberapa hari sebelum saya berlepas ke Islamabad. Ketika berada di kediaman Pesuruhjaya Tinggi itu, saya dikunjungi para sahabat dan tetamu serta menikmati makan malam.

(Peguam) Manjeet Singh Dhillon, turut membantu penerbangan saya dari Malaysia. Beliau dan (peguam) Balwant Singh Sidhu menemani saya dan Nadia ke lapangan terbang dan menunggu sehingga pesawat saya berlepas.

Dua pegawai protokol dari Suruhanjaya Tinggi Pakistan, yang membawa saya melalui pemeriksaan imigresen, telah berjaya meyakinkan pegawai imigresen di situ, yang membenarkan saya berlepas. Begitu juga penghargaan yang tidak terhingga kepada Pegawai Luar di Islamabad dan keseluruhan kakitangan Suruhanjaya Pakistan di Kuala Lumpur atas segala sokongan dan bantuan mereka itu.

Selepas menamatkan semester mereka di sekolah Perancis, Aisha (anak perempuan) dan Omran (anak lelaki) saya telah berlepas ke Paris pada bulan Disember bersama abang Nadia (isteri), Dr Bekkaye.

Apa yang berlaku selepas itu?

Ketibaan saya di Islamabad merupakan satu detik yang amat mengharukan. Abang saya, Mubasher Ahmad yang tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memastikan keselamatan diri saya terpegun dan begitu gembira saya melihat saya masih hidup. Tetapi saat yang lebih menggembirakan saya ialah apabila berada dalam pelukan (ibu saya), Ammi Jan, yang tidak henti-henti berdoa dalam lenangan air mata. Sekaligus, segala pendirian yang telah lalui, berubah menjadi sesuatu yang amat bahagia sekali. Begitu berharganya sentuhan seorang ibu!

Suriya (adik perempuan) turut menunggu bersama anak lelakinya, Ali Waqas, begitu juga adik beradik saya yang lain Khair-un-Nisa, Qamar-un-Nisa, and abang saya, Muzaffar Ahmad, beserta keluarga mereka. Mereka sentiasa tidak putus-putus mendoakan pembebasan saya. Walaupun begitu jauh kedudukannya, namun sokongan mereka telah membantu Nadia mengharungi detik-detik kesukaran tersebut.

Apabila tiba di rumah, saya begitu gembira melihat pelajar saya, Tariq Ismail, yang telah mengusahakan satu demonstrasi bantahan di hadapan bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, serta mengedarkan risalah serta mendapatkan sokongan awam terhadap saya.

Apabila membuka komputer, terdapat kira-kira 65,000 emel dari rakan dan individu dari seluruh dunia. Atas sokongan yang begitu bermakna sekali dari rakan serta dari mereka yang tidak pun saya kenali, maka ucapan 'terima kasih' sahaja tidak memadai. Kepada anda semua, saya tunduk sebagai tanda terima kasih dan terhutang budi saya kepada sokongan anda semua.

Bilakah anda bertemu Nadia?

Selepas kira-kira dua minggu, Nadia tiba di Islamabad dan diberi sambutan cukup meriah sekali, beserta pelukan dan ciuman Ammi Jan. Beliau telah melalui pelbagai cabaran untuk membesarkan Aisha dan Omran tanpa kehadiran bapa mereka.

Dari Islamad, saya berlepas ke Paris untuk menemui Aisha dan Omran atas kesabaran dan semangat yang tidak luntur dalam menghadapi saat-saat malang itu. Saya kagum kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh Nadia telah mampu membuat kedua-dua anak kecil itu menghadapi semua itu dengan tenang. Prestasi akademik mereka tidak terjejas, tetapi dalam hati mereka, saya dapat bayang parut-parut penderitaannya.

Bagaimana dengan anak-anak ada sekarang?

Omran mengikut jejak langkah Aisyah dan aktif serta merupakan pelajar termuda di Model PBB Dia dijangka tamat pengajiannya di sekolah tinggi pada 2008. Aisha pula kini di tahun keempat pengajiannya dalam bidang perubatan di peringkat MD/PhD.

Bilakah Nadia datang menemui anda?

Ke mana anda pergi selepas Pakistan?

Sebelum pulang ke Amerika, saya ingin mengucapkan sendiri terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah melancarkan kempen yang amat berjaya sekali bagi pihak saya. Dengan ketuai oleh Naseer Ahmad dari Kanada, mereka telah menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Sahabat Dr Anees (Friends of Anees). Lamanweb mereka subur atas dedikasi Safeer Rammah, Baseer Hai, Anees Ahmad, Dr Naeem Siddiqi, Dr Jamal Mubarak, dan Dr Kamal Mubarak (webmaster), mendapat sambutan hebat, terutama dari Malaysia di mana media rasminya cuba menyembunyi segalanya.

Mereka turut mendapat pujian daripada akhbar Financial Times Australia kerana berjaya memanfaatkan sepenuhnya internet untuk menggerakkan pemikiran dunia menentang kekejaman yang dilakukan kerana kepentingan politik.

Selain internet, pihak media cetak juga tidak ketinggalan. Misalnya, Nathan Gardels, rakan karib saya dan editor Los Angeles Times/Global Viewpoint Syndicate. Selepas Nadia menghubunginya selepas hari malang tersebut, beliau tidak berlengah lagi untuk melakukan sesuatu. Ekoran beberapa perbincangan, Alvin Toffler terus menulis panjang lebar dalam International Herald Tribune menuntut Dr Mahathir supaya membebaskan saya.

Kemudian, Nathan mengadakan wawancara dengan Dr Mahathir. Melalui New Perspectives Quarterly, beliau menyiarkan sedutan daripada akuan bersumpah saya dan memberi liputan meluas terhadap peristiwa tersebut. Tiada kata-kata untuk saya lafaz sebagai menghargai sumbangan mereka.

Kemuncak lawatan saya ke Kanada ialah pertemuan dengan Margaret John dari Amnesty International. Kami makan malam di tempatnya bersama bekas Presiden Singapura, Devan Nair dan isterinya, Dhanam. Sejak itu, untuk beberapa tahun berikutannya, Devan menjadi sumber nasihat yang amat berguna sehinggalah beliau meninggal dunia.

Secara sukarela, Margaret telah membuat sumbangan yang amat besar bagi mendapatkan pembebasan saya. Untuk itu, penghargaan dan ucapan terima yang tidak terhingga saya kepada Margaret dan sukarelawan Amnesty International di seluruh dunia.

Esok : Dunia selepas serangan 9/11

Bhgn 1

Misi Munawar Anees untuk bersihkan namanya