Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Trump International Hotel dijual pada harga AS$375 juta

GLOBAL | Syarikat hotel keluarga bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjual hak ke atas Trump International Hotel di Washington DC dengan harga AS$375 juta, lapor Sputnik memetik Wall Street Journal.

Merchant Group, syarikat pelaburan yang berpangkalan di Miami CGI itu kini dalam proses mendapat kontrak untuk memperoleh pajakan hotel tersebut, lapor akhbar itu pada Ahad memetik sumber.

Syarikat itu bercadang menyingkirkan nama Trump dan telah mencapai perjanjian dengan Hilton Worldwide Holdings Inc untuk hartanah itu diuruskan Waldorf Astoria daripada kumpulan Hilton.

Urus niaga penjualan hotel Trump itu dijangka selesai pada suku pertama 2022.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS