Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib tak mahu lagi rumah RM100 juta dari kerajaan
Diterbitkan:  Nov 19, 2021 4:55 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Najib Razak menarik balik permohonannya untuk mendapatkan hartanah didakwa bernilai RM100 juta yang layak dipohon oleh bekas-bekas perdana menteri.

Katanya, dia membuat keputusan itu dengan mengambil kira keadaan rakyat yang berdepan saat sukar.

“Keutamaan negara adalah pada rakyat,” katanya dalam sidang media di Melaka hari ini, sehari sebelum pilihan raya negeri esok.

Pemberian itu mendapat bantahan keras pembangkang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim antaranya mahu bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan semula Memorandum Persefahaman (MOU) antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), susulan tindakan kerajaan itu.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Dr Mahathir Mohamad yang juga berkas perdana menteri dua kali juga membantah keras keputusan itu.

Dia berhujah Najib tidak layak mendapatkan pemberian itu kerana disabitkan bersalah dalam kes rasuah melibatkan anak syarikat 1MDB, SRC International.

Najib semalam bagaimanapun berkata permohonan itu bukan hadiah, sebaliknya pemberian biasa kepada semua bekas perdana menteri bawah Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 pindaan 2003.

Katanya, dia hanya memilih satu daripada pilihan tiga bidang tanah yang diberikan kerajaan.

"Kerajaan beri tiga bidang tanah untuk pilih maka saya pilih satu. Bukan sudah diluluskan kerajaan hari ini pun. Bukan saya minta hadiah RM100 juta dari kerajaan tetapi kediaman seperti diberi kepada kesemua bekas-bekas perdana menteri," katanya.

Lihat Komen
ADS