MPK roboh restoran sate milik Zakaria
Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan restoran DZ Satay House, milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Mat Deros.
Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan restoran DZ Satay House, milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Mat Deros.
MPK telah menutup restoran itu beberapa minggu yang lalu kerana dibina tanpa kelulusan majlis tersebut.
Restoran tersebut juga tidak mempunyai lesen perniagaan dan beroperasi di tanah milik kerajaan negeri tanpa lesen menduduki sementara.
Kerja meroboh restoran tersebut dilakukan dengan mengunakan tiga buah jentolak MPK. Turut dirobohkan ialah kawasan makan terbuka dan sebuah surau.
Operasi tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam. Zakaria menjadi perhatian umum selepas membina sebuah banglo seperti istana, tanpa kelulusan MPK.

