Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas presiden Korea Selatan Chun Doo-Hwan meninggal dunia
Diterbitkan:  Nov 23, 2021 2:47 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

GLOBAL | Bekas Presiden Korea Selatan Chun Doo-hwan yang pernah menerima kritikan kerana merampas kuasa meninggal dunia pada Selasa.

Jeneral yang berusia 90 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di barat Seoul kira-kira 8.40 pagi selepas bertarung dengan penyakit kronik.

"Mayatnya akan dibawa ke Hospital Severance Seoul," kata bekas setiausaha presiden Min Jeong-ki lapor Yonhap.

Bekas jeneral tentera itu berkuasa selepas melakukan rampasan kuasa tentera susulan pembunuhan Presiden Park Chung-hee pada 1979 dan memerintah Korea Selatan sehingga 1988.

Satu daripada peristiwa hitam sepanjang karier politiknya adalah kekerasan yang dilakukannya ketika pemberontakan sivil pro-demokrasi Gwangju pada 1980, mengakibatkan lebih 200 orang maut manakala 1,800 lagi cedera. .

Chun dilahirkan dalam keluarga miskin di Hapcheon, selatan wilayah Gyeongsang pada 23 Jan 1931. Beliau memasuki Akademi Tentera Korea pada 1951.

Pada 1996, Chun disabitkan dengan pengkhianatan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tetapi mendapat keampunan ketika pemerintahan Presiden Kim Young-sam.

Beliau meninggalkan seorang isteri, tiga anak lelaki dan seorang perempuan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS