Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cuti Wilayah esok bukan kelepasan am bergaji
Diterbitkan:  Dec 2, 2021 12:56 PM
Dikemaskini: 5:21 AM

Curi Wilayah Persekutuan yang diisytiharkan semalam bukan kelepasan am bergaji yang wajib diberikan menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Saravanan mengulas pengisytiharan Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim semalam sempena kejuaraan pasukan bola sepak KL City FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

Saravanan berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Wilayah Persekutuan.

Menurut seksyen yang dirujuk Saravanan, pekerja hanya berhak mendapat cuti berbayar untuk sebelas cuti umum yang digazetkan.

Ini termasuk Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Pekerja serta mana-mana hari yang dijadikan cuti umum bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951.

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Saravanan juga berkata majikan sektor swasta "digalakkan" memberikan cuti am bergaji kepada pekerja masing-masing di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Shahidan semalam mengumumkan cuti itu memandangkan kemenangan KL City menamatkan penantian 32 tahun sejak 1989.

KL City membuat kejutan menundukkan pasukan pilihan merangkap juara bertahan JDT dengan dua gol berbalas kosong.

Lihat Komen
ADS