Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nazir: BMA usaha berpaksi rakyat, bukan elitis
Diterbitkan:  Dec 8, 2021 6:11 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Usaha Better Malaysia Assembly (BMA) berhubung cadangan pembaharuan untuk negara tidak bersifat elitis, kata Nazir Abdul Razak.

Menurut tokoh perbankan itu, yang antara seorang daripada 55 individu di sebalik idea tersebut, BMA adalah berdasarkan demokrasi perundingan, iaitu pendekatan yang berpaksikan warga.

Nazir berkata, platform seumpama itu diperlukan memandangkan ahli parlimen biasanya mengutamakan kepentingan politik mereka berbanding isu struktural.

“Demokrasi perundingan asasnya adalah pendekatan berpusatkan warga terhadap pembuatan dasar, sering diwujudkan untuk mendepani isu struktural jangka panjang yang kompleks yang tidak sesuai untuk parlimen.

“Kita sedang menyaksikan lebih banyak platform perundingan ditubuhkan dengan meningkatnya kekecewaan terhadap demokrasi perwakilan kerana gagal mendepani isu struktural utama, terutama kerana ahli parlimen cenderung untuk perlu mengutamakan kepentingan jangka pendek parti politik dan kemenangan dalam pilihan raya.

“Jelas apabila dalam beberapa hari ini, pemimpin NGO masyarakat seperti Ikram dan Abim menyuarakan sokongan kepada BMA, begitu juga dengan setiausaha agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube), yang dahulunya mengecam saya ketika saya menjadi CEO CIMB,” kata NAzir dalam ucap tama di sebuah program anjuran Institut Pengurusan Malaysia.

Pada 26 November lalu, Nazir dan 54 lagi individu ternama menulis surat kepada Majlis Raja-raja untuk mencadangkan penubuhan sebuah platform yang merangkumi perwakilan daripada pelbagai segmen mayarakat untuk berbincang berkenaan isu negara dan pembaharuan institusi.

Mereka berkata ahli politik cenderung mengutamakan kemenangan dalam pilihan raya, dan cadangan pembaharuan sering dibayangi nada perkauman dan agama.

Lihat Komen
ADS