Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images

Hujan yang berlarutan sejak dua hari lalu di beberapa negeri menyebabkan bencana banjir di banyak tempat, dengan Shah Alam dan Klang antara kawasan paling teruk terjejas di Selangor.

Paras air meningkat di banyak kawasan di Lembah Klang, termasuk di sekitar Lebuhraya Persekutuan. Ramai yang terkandas selama beberapa jam, sama ada kawasan rumah dinaiki air atau jalan ditutup.

Menurut Bernama, setakat malam tadi lebih 3,600 penduduk di Selangor telah di dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Negeri lain yang turut terjejas adalah Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak, dengan 14,000 mangsa dipindahkan ke PPS setakat pagi tadi.

Lihat Komen
ADS