Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Melaka haramkan jualan arak di Ayer Keroh Country Club
Diterbitkan:  Dec 23, 2021 8:26 AM
Dikemaskini: 1:08 AM

Kerajaan negeri Melaka mengharamkan penjualan arak di Ayer Keroh Country Club selepas kelab itu mengeluarkan notis kepada ahlinya untuk memaklumkan keputusan itu semalam.

"Kerajaan negeri Melaka telah mengarahkan Ayer Keroh Country Club Berhad untuk menghentikan penjualan minuman beralkohol di dalam premis Ayer Keroh Country Club Berhad berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan.

Ayer Keroh Country Club dikaitkan dengan kerajaan Melaka di mana ahli lembaga pengarahnya dipilih oleh kerajaan negeri.

Menurut laman webnya, pengerusinya sekarang ialah Muhammad Jailani Khamis.

Jailani keluar dari PKR untuk menyertai Umno pada 2020. Di bertanding kerusi Rembia menggunakan tiket Umno pada pilihan raya negeri 2021 dan memenagi kerusi berkenaan.

Dia kemudiannya dilantik semula sebagai anggota exco yang bertanggungjawab ke atas portfolio pelancongan, warisan dan budaya.

Sementara itu, Adun Kota Laksamana Low Chee Leong mengkritik larangan itu dengan mendakwa kerajaan BN semakin berani berikutan kemenangan besarnya pada pilihan raya negeri bulan lepas.

Wakil rakyat DAP itu berkata kerajaan BN gagal melaksanakan slogan Keluarga Malaysia dan turut melahirkan kebimbangan larangan arak akan diperluas.

“Larangan kerajaan negeri mengabaikan kepelbagaian dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Lihat Komen
ADS