Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Mahathir berjaya jalani prosedur perubatan elektif - IJN
Diterbitkan:  Jan 9, 2022 1:43 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah berjaya menjalani prosedur elektif di Institut Jantung Negara.

Sepasukan doktor daripada IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah berjaya menjalankan prosedur itu.

“Prosedur itu berjalan lancar dan berlangsung sebagaimana yang dirancang.

"Beliau kini sedar sepenuhnya dan bersemangat tinggi. Berdasarkan perkembangan klinikal semasa beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam beberapa hari," kata IJN pada satu kenyataan hari ini.

Memandangkan SOP kesihatan semasa, IJN berkata ahli parlimen Langkawi itu tidak dibenarkan pelawat.

Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-96 tahun Julai lalu, mempunyai sejarah masalah jantung.

Bulan lepas, dia dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian selama beberapa hari.

Mahathir perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia yang telah memerintah selama 22 tahun dari 1981 dan 2003.

Dia kemudian kembali untuk menggalas jawatan perdana menteri buat kali kedua pada 2018 selepas mengetuai pembangkang Pakatan Harapan menang pilihan raya bersejarah itu, lantas menjadikannya ketua kerajaan paling tua di dunia.

Pentadbiran pimpinan Mahathir itu, bagaimanapun tumbang dalam tempoh kurang dua tahun disebabkan ahli parlimen kerajaan berpaling tadah melalui Langkah Sheraton.

Lihat Komen
ADS