Sultan Selangor kecewa kerana ramai golongan intelektual dan profesional yang mudah terpengaruh dalam ajaran sesat.

Sultan Sharufuddin Idris Shah berkata, baginda dimaklumkan antara pengikut ajaran sesat itu terdiri daripada mereka yang terpelajar dan memegang jawatan tinggi di tempat kerja-kerja masing-masing.

"Islam itu sebuah agama yang indah, Jangan menjadikannya komplikated dan mengakibatkan perpecahan," titah baginda dalam wawancara dengan akhbar the Star.

Sehubungan itu baginda menasihatkan pengikut ajaran sesat itu supaya mematuhi al-Quran dan kembali semula kepada ajaran Islam.

Menurut baginda lagi, salah satu sebab mengapa ramai yang terpengaruh dengan ajaran sesat ialah kefahaman yang cetak tentang ajaran Islam.

Ajaran sesat, titah baginda, adalah berbahaya kerana ia memecahbelahkan masyarakat, sedangkan umat Islam sepatutnya bersatu untuk kekuatan Islam.

Jika keadaan itu berterusan, titah baginda lagi, orang Melayu akan rugi dan kerana masalah ajaran sesat perlu ditangani secara serius.

Sehubungan itu, baginda tidak mahu mendengar adanya remaja Islam yang terpengaruh dengan ajaran sesat dan meninggal agama mereka.