mk-logo
Berita
'Tak adil tuduh lelaki dihenti di sekatan jalan halang tugas polis' - MP
Diterbitkan:  Jan 16, 2022 6:37 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Anggota polis perlu terlatih dan dilengkapi dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia, kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

Dia berkata demikian sebagai mengulas kes seorang lelaki yang ditahan reman secara "tidak adil" direman dan didakwa selepas cuba merakam pegawai polis semasa sekatan jalan raya.

“Kebelakangan ini, satu kes khusus telah dibawa kepada perhatian saya berkaitan pengalaman seorang warga negara Malaysia, Ng Chin Sheng, 30, yang terpaksa berdepan dengan penggunaan kuasa yang tidak wajar oleh pegawai polis trafik semasa sekatan jalan raya dan ketidakadilan undang-undang seterusnya yang perlu dilalui individu berkenaan.

“Tiada kesalahan yang jelas dalam kes ini," kata Kulasegaran pada satu kenyataan hari ini mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa atas sebab subjektif dan bukannya kriteria objektif.

Ahli parlimen DAP itu berkata Ng telah dihentikan semasa pemeriksaan sekatan jalan raya pada 2 Jan 2022 di Butterworth, Pulau Pinang dan pegawai polis itu telah meminta kad pengenalan dan lesen memandunya.

Walaupun akur dengan pegawai polis itu, lelaki berkenaan telah memutuskan untuk merekodkan kejadian itu, yang mencetuskan kekecohan dan polis tersebut memarahinya, kata Kulasegaran.

Ng kemudian ditahan di dalam sel tahanan di balai polis Butterworth, sebelum dibawa ke majistret yang memberikan perintah reman selama tiga hari.

Dia kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan fungsi awamnya.

“Sebagai orang awam, Ng tidak mempunyai pengetahuan undang-undang dan tidak memahami keseriusan dan akibatnya. Oleh itu, dia berasa takut dan keliru dengan apa yang berlaku.

“Dia mengaku salah terhadap pertuduhan itu tanpa memahami maksud pertuduhan itu mahupun akibat mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

“Apabila mengaku bersalah atas pertuduhan itu, dia didenda RM4,000 jika ingkar yang mana dia akan dipenjarakan selama tujuh bulan. Dia membayar denda dan dibebaskan pada hari sama,” kata Kulasegaran.

Dakwanya, kes ini mendedahkan salah guna kuasa yang menyebabkan sistem perundangan seakan menindas kerana terdapat pengakuan bersalah atas kesalahan yang tidak didedahkan, yang tidak dilakukan oleh tertuduh.

MP Ipoh Barat itu menambah bahawa tiada cara Ng juga melarang polis daripada menjalankan tugas mereka dan lelaki itu tidak menunjukkan tentangan atau biadap kepada pegawai polis itu.

Ng juga telah mengikut semua arahan polis sehingga dia dibebaskan, katanya.

Kulasegaran berkata Ng mempunyai pemahaman terhad dalam bahasa Melayu dan dengan itu kegagalan menjelaskan pertuduhan dalam bahasa Cina juga tidak boleh diterima.

“Adalah jelas daripada kes ini terdapat penyalahgunaan kuasa polis memandangkan butiran kesalahan itu tidak didedahkan dengan jelas. Bukannya menuduh Ng menghalang tugas penjawat awam.

“Bagaimana halangan sedemikian dilakukan oleh tertuduh tidak jelas. Adakah ia disebabkan oleh rakaman video? Jika ya, ia tidak boleh ditafsirkan sebagai kesalahan yang patut direman.”

Kulasegaran berkata Ng mengalami tekanan psikologi selepas direman tiga hari tanpa akses terhadap bantuan guaman dan terpaksa mengaku salah walaupun dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Kes ini menunjukkan adalah penting bagi pegawai polis untuk dididik mengenai hak asasi manusia, terutamanya semasa pemeriksaan, asas mendapatkan perintah reman serta kepentingan memberi tertuduh hak untuk diwakili peguam.

“Persoalannya adakah anggota polis kita sedar tentang prinsip keadilan semula jadi dan dilatih mengenai prinsip hak asasi manusia?

"Jika tingkah laku polis seperti ini diterima, ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari hak mereka boleh dibuli supaya tunduk dan dikenakan denda yang berat hanya kerana mereka tidak mengetahui hak mereka," jelasnya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS