Gerakan raikan para wartawan
Kira-kira 50 wartawan dan jurugambar telah menghadiri majlis beramah mesra anjuran sayap wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di sebuah hotel di Subang Jaya semalam.
Kira-kira 50 wartawan dan jurugambar telah menghadiri majlis beramah mesra anjuran sayap wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di sebuah hotel di Subang Jaya semalam.
Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, majlis itu bertujuan untuk membolehkan wartawan dan pemimpin parti saling kenal mengenali antara satu sama lain.
"Oleh kerana kesibukan masing-masing, mungkin kita tidak ada masa untuk kenal di antara satu sama lain," katanya.
Hadir sama ialah ketua-ketua wanita Gerakan negeri serta pemimpin di peringkat pusat.
Selain jamuan makan malam, majlis tersebut turut diserikan dengan nyanyian karaoke dari wartawan dan cabutan bertuah.
Hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah peti televisyen telah dimenangi oleh wartawan malaysiakini, Wong Yee Fern.

