Tayangan amal perdana biayai kajian SIS mengenai poligami
Satu tayangan amal perdana filem mengenai kisah poligami akan diadakan pada 4 Januari depan sempena majlis amal untuk membiayai projek mengenai impak poligami terhadap institusi kekeluargaan di Malaysia yang dijalankan oleh Sistem in Islam (SIS).
Satu tayangan amal perdana filem mengenai kisah poligami akan diadakan pada 4 Januari depan sempena majlis amal untuk membiayai projek mengenai impak poligami terhadap institusi kekeluargaan di Malaysia yang dijalankan oleh Sistem in Islam (SIS).
Filem bertajuk Berbagai Suami itu mengenai poligami, merupakan filem Indonesia yang memenangi anugerah di republik itu, arahan Nia Dinata.
Ia memaparkan kisah dan sensitivi mengenai poligami dari kacamata tiga orang wanita dari pelbagai latarbelakang sosial.
Filem ini melalui babak cinta, kekeliruan, konflik, babak lucunya mengetengahkan banyak isu-isu penting yang berlaku dalam kehidupan masyarakat serta kesan perkahwinan poligami terhadap kesejahteraan keluarga.
Tayangan perdana itu akan diadakan Cineleisure Damansara, Mutiara Damansara, Selangor.
Kesejahteraan keluarga
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Maznah Mahmud, bersetuju menjadi penaung tayangan amal perdana tersebut.
Tiket dijual pada harga RM30, RM50, RM100, RM200 (RM200 termasuk menghadiri jamuan ringan bersama pengarah dan pelakon filem berkenaan).
Kajian yang dijalankan oleh SIS itu membabitkan interviu dengan isteri pertama, kedua dan isteri seterusnya, para suami dan anak-anak dari keluarga yang berpoligami.
Fokusnya adalah untuk mengumpul data mengenai impak perkahwinan poligami terhadap aspek kewangan, sosial dan emosi mereka yang terbabit.

