Wanita PKR desak kjaan henti diskriminasi wanita China
Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan diskriminasi terhadap wanita dari China yang datang ke Malaysia.
Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan diskriminasi terhadap wanita dari China yang datang ke Malaysia.
Pergerakan itu merujuk terhadap pengusiran seorang rakyat China di lapangan terbang kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi dan disyaki terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.
Ketuanya, Fuziah Salleh berkata, pihaknya memandang serius insiden tersebut dan yang lain-lainnya yang membabitkan rakyat China.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, tindakan seumpama itu berunsur prejudis dan diskriminasi yang mesti dihentikan,
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, Fuziah berkata, jabatan kerajaan, terutama Jabatan Imigresen, mesti menghentikan amalan prejudis dan diskriminasi terhadap rakyat asing, terutamanya warga China.
Jika tidak, tegasnya, masa dan wang yang dilaburkan bagi menjayakan Raman Melawat Malaysia 297 akan merupakan satu pembaziran.
Sementara itu, Jawatankuasa Hak Sivil, Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (CRC-KLSCAH) mengecam larangan terhadap wanita warga China memasuki pub.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mr.Ser Choon Ing menyifatkannya satu tindakan untuk mengaibkan golongan tertentu bagi menjustifikasikan diskriminasi terhadap mereka.
Bagi membendung tindakan seumpama itu, katanya, Parlimen perlu meluluskan Akta Anti-Diskriminasi bagi mengharamkan ucapan dan tindakan yang berunsur diskriminasi dan membawa kebencian terhadap mana-mana golongan.

