Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rumah papan, bengkel besi musnah dijilat api
Diterbitkan:  Mar 20, 2022 11:52 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Temiang di Seremban awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba Seremban Timbalan Penguasa Bomba Mohammad Idris berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.06 pagi, dan sebaik tiba api didapati sedang marak memusnahkan rumah papan itu.

Beliau berkata kira-kira 90 peratus daripada rumah berkenaan musnah akibat kebakaran, namun kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa, kerana semua penghuni rumah sempat keluar menyelamatkan diri.

“Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah bengkel besi berkeluasan 40x80 kaki persegi di sebelah rumah berkenaan, dan api berjaya dikawal setengah jam kemudian,” katanya kepada Bernama di Seremban.

Difahamkan rumah itu didiami tujuh sekeluarga termasuk empat kanak-kanak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS