Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dah cerai, tak mungkin Umno terima Bersatu - Ahmad Maslan
Diterbitkan:  Apr 3, 2022 6:33 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

Umno dan Bersatu sudah ‘bercerai’ serta tidak mungkin akan bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

“Umno dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) sudah ‘bercerai’ dan tidak mungkin untuk Umno terima mereka kembali untuk atas alasan apa pun.

“Kita sudah tiada kerjasama dengan Bersatu dan semua tahu perkara itu malah telah disebut dalam Perhimpunan Agung Umno tahun lalu. Tiada apa-apa pertukaran dalam hal itu.

“Kita sudah ‘bercerai’ sebab ada banyak punca termasuk penubuhan Bersatu itu juga yang menewaskan kami dalam PRU14. Pada masa itu, macam-macam mereka kata pasal kami,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata tindakan Bersatu mengambil bekas ahli parlimen dan Adun Umno apabila mereka melompat parti menyukarkan kerjasama kedua-dua parti.

Kata Ahmad, daripada 31 kerusi Bersatu di parlimen, hanya enam merupakan kerusi asal, manakala 10 daripada kumpulan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali iaitu daripada PKR dan 15 daripada Umno.

Ahmad turut mendakwa penubuhan Bersatu seolah-olah mahu menggantikan Umno kerana banyak ciri-ciri Umno yang diambil pakai oleh parti itu.

“Mereka itu mahu ambil alih Umno kerana sebahagian besar mereka adalah ahli Umno. Nama dan warna kami juga mereka ambil. ‘Bersatu’ itu adalah tagline Umno iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat,” katanya.

Tambah Ahmad, dia juga tidak nampak parti pembangkang lain bersedia untuk bekerjasama dengan Bersatu kerana matlamat yang berbeza-beza.

Lihat Komen
ADS