Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Fayhsal ucap selamat ‘pengantin baru’ pada Najib
Diterbitkan:  May 19, 2022 3:17 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengucapkan “selamat pengantin baru” kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Ucapan itu dibuat dalam komen di Facebook Najib yang memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

“Selamat pengantin baru Datuk Seri!” tulis Wan Wan Ahmad Fayhsal, yang mencetuskan perhatian ramai.

Setakat laporan ini ditulis, tulisan Wan Fayhsal itu menerima 383 reaksi dan 197 balasan.

Komen itu dibuat selepas tersebarnya sekeping gambar Najib dengan seorang wanita (atas), yang mencetuskan spekulasi pemimpin Umno itu mempunyai keluarga baru.

Bagaimanapun, terdapat juga pihak yang membidas tindakan Wan Fayhsal itu dengan membangkitkan kontroversi lepasnya. 

Antara perkara dibangkitkan termasuklah isu “surat sokongan” untuk dipilih sebagai ketua Pemuda Bersatu dan idea supaya kerajaan “mencetak wang” bagi menyelesaikan masalah ekonomi.

Najib berkahwin kali pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan  Puteri Norlisa.

Selepas bercerai dengan Zainah pada 1987, Najib berkahwin pula dengan Rosmah Mansor. 

Mereka memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Mohd Norashman dan  Nooryana Najwa.

Dua tahun lalu, tersebar dakwaan sama bahawa Najib berkahwin dengan seorang wanita berusia 50 tahun.

Wanita itu bagaimanapun menafikannya dan membuat laporan polis.

ADS