Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aduan terhadap telco: MCMC perlu bertindak, kalau perlu denda - Menteri

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu mengambil tindakan, termasuk denda terhadap syarikat telekomunikasi bagi memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, MCMC juga boleh memberikan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk menangani aduan mengenai mutu perkhidmatannya.

“Saya nak MCMC mengeluarkan apa yang ada dalam perlembagan iaitu arahan pesuruhjaya dan kalau perlu ada arahan menteri kepada syarikat berkenaan di mana mereka tidak capai tahap yang kita kehendaki arahan mewajibkan mereka kena perbaiki,” tegasnya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Putrajaya, hari ini.

Tambah Annuar, dia juga sudah memaklumkan kepada MCMC agar bersedia untuk mengambil tindakan kepada syarikat telco.

“Tolong bersedia untuk …jika perlu denda, jalankan denda. Provision mendenda itu ada," jelasnya.

Annuar juga berkata agensi kerajaan terutamanya MCMC perlu mengambil satu pendekatan baru yang lebih agresif dalam menyelesaikan masalah pengguna berhubung capaian dan prestasi syarikat telekomunikasi.

“Sebab saya nak tengok MCMC buat pemetaan di seluruh negara, apa sebenarnya (isu yang dialami pengguna) bukan ambil laporan dari syarikat telco sahaja,” katanya.

“MCMC kena buat sendiri. Boleh buat pemetaan dan bandingkan sendiri. Sebab di luar sana rakyat masih mengeluh.

Gambar hiasan.

“Saya juga tak tahu nak jawab macam mana, saya nak bersyarah kata kelajuan sekian-sekian tapi bila pergi ke kampung-kampung, setiap orang mengadu tentang masalah dan mutu perkhidmatan dan saya tahu dalam negara kita ini perkhidmatan telco diberi pada kerajaan diberi kepada syarikat.

Menjelaskan lanjut, keuntungan syarikat telekomunikasi perlu dilaburkan semula untuk memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

“Tak apalah untung tapi tolonglah labur balik baiki masalah rakyat di kampung yang terpaksa panjat pokok, panjat bukit dan sebagainya ini untuk dapatkan perkhidmatan internet.

“Sampai bila masalah ini tak selesai," soalnya.

Lihat Komen
ADS