Ogos ini, belia berumur antara 16 hingga 25 tahun akan berdebat tentang cadangan mewajibkan pemilih keluar mengundi.
Dalam acara anjuran Malaysiakini bertajuk Debathon Parlimen 2022, pendebat akan cuba meyakinkan penonton sama ada mereka perlu menyokong atau menentang usul bertajuk “Patutkah Malaysia mewajibkan rakyatnya mengundi?”
Antara hujah yang menyokong usul itu, berkaitan kemungkinan peratusan keluar mengundi menurun, yang menyebabkan perwakilan tidak seimbang berdasarkan demografik Malaysia.
Ia juga boleh menjejaskan proses demokrasi di negara ini dalam masa yang panjang.
Bagi yang menentangnya pula, tindakan mewajibkan rakyat Malaysia mengundi boleh menjejaskan hak mereka untuk tidak mengundi.
Usul ini dipilih susulan peratusan keluar mengundi yang rendah dalam pilihan raya Johor dengan hanya 54.92 daripada 1,426,573 pemilih keluar mengundi.
Perkara itu antaranya disebabkan pendaftaran pengundi automatik yang menyaksikan peningkatan 6.11 juta pengundi baru.
Debat ini akan mengikut fomat debat parlimen, termasuk dipengurusikan oleh speakersendiri.
Siri debat ini diperkenalkan pada tahun 2019 yang ketika itu membincangkan tiga perkara - pekerja precariat dalam ekonomi gig, keselamatan siber dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila layari laman sesawang Parliamentary Debathon 2022.
Pendebat yang berminat juga boleh menghantar penyertaan di sini.
Sesi dialog akan bermula pada Julai sebelum debat pada Ogos
