Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Timbalan menteri sokong gesaan siasatan terhadap DNB, pelancaran 5G

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin menyokong gesaan agar SPRM menyiasat Digital Nasional Berhad (DNB) dan pelancaran rangkaian 5G yang sepatutnya dilaksanakan oleh syarikat itu.

Ini selepas ahli Pemuda Umno memfailkan laporan kepada SPRM, serta menyerahkan memorandum kepada Zahidi di Wisma RTM di Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap kepada akhbar selepas menerima memorandum itu, Zahidi berkata pelancaran 5G adalah isu utama yang boleh menjadi satu lagi 1MDB.

“Daripada RM11 bilion semasa pelancaran pertama, kini hampir RM30 bilion.

“Sekiranya perbelanjaan ini besar tetapi rakyat tidak dapat melihat perkembangan 5G, sudah tentu persoalan akan timbul.

“Kita tidak mahu 1MDB lagi, di mana Umno dituduh macam-macam,” katanya.

"Daripada RM11 bilion yang pertama rollout (pelancaran), sekarang dah hampir RM30 bilion. Kalau perbelanjaran yang sebegini besar tapi rakyat tak nampk apa perkembangannya di negara ini tentang 5G tentulah menimbulkan beberapa persoalan.

"Kita tak nak jadi 1MDB sekali lagi bahawa Umno dituduh macam-macam," katanya.

DNB ialah syarikat kenderaan tujuan khas yang ditugaskan untuk menyediakan rangkaian 5G di seluruh negara, dan kemudian akses borong kepada syarikat telekomunikasi.

Bagaimanapun, kaedah pelaksanaan itu telah menghadapi rintangan industri, yang diakui Zahidi.

Zahidi sebelum ini menuduh bekas bosnya Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz merancang DNB dan pelancaran 5G secara rahsia.

Zahidi hari ini berkata antara perkara yang perlu diteliti SPRM ialah penyertaan bumiputera dalam projek itu.

"Saya minta SPRM menyiasat kekurangan penyertaan bumiputera dalam projek 5G ini. Bayangkan perbelanjaan RM30 bilion, tetapi tanpa agenda bumiputera yang kelihatan," katanya.

Dia juga menyifatkan model operasi DNB sebagai monopoli, dan ia harus dipecahkan.

Terdahulu, Exco Pemuda Umno Fairuz Jamaludin membuat empat tuntutan terhadap DNB. Dia turut menghantar memorandum itu kepada SPRM sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Tuntutan itu ialah memberikan butiran terperinci tentang kos sebenar dan aspek kewangan lain bagi pelancaran 5G; meletakkan pegawai SPRM dalam organisasi DNB; dan agar pengurusan DNB membuat pengisytiharan aset dan pelantikan mereka disemak oleh kabinet; serta untuk syarikat itu membuat rancangan terperinci untuk penyertaan bumiputera.

Lihat Komen
ADS