Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelapor khas PBB dakwa ada polis peras ugut, pukul pelarian

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Thomas Andrews meminta kerajaan mengkaji semula dasar dan amalannya yang memburukkan lagi keadaan pelarian di negara ini.

Ini berikutan laporan daripada pelarian Myanmar mengenai dakwaan ada di kalangan mereka diperas ugut dan dipukul oleh pegawai polis di Malaysia.

Andrews yang memantau situasi hak asasi manusia di Myanmar juga amat bimbang dengan laporan bahawa ratusan kanak-kanak mungkin berada di pusat tahanan, termasuk mangsa pemerdagangan manusia.

"Kanak-kanak tidak boleh ditempatkan di pusat tahanan imigresen.

"Terdapat juga ketakutan yang ketara di kalangan pelarian, yang memberitahu saya ketika saya berada di sini selama seminggu bahawa mereka akan dihantar ke pusat tahanan imigresen," katanya.

Katanya, pelarian Myanmar yang tidak memiliki dokumen yang sah takut mendekati pihak berkuasa Malaysia walaupun mereka menjadi mangsa jenayah atau keganasan.

Dia berkata, hal inilah yang mendedahkan mereka kepada penganiayaan seterusnya.

Katanya hampir semua pelarian berdepan ancaman bunuh atau penahanan jika mereka kembali ke Myanmar dalam apa jua keadaan. Oleh itu mana-mana pelarian yang telah melarikan diri dari Myanmar tidak dibenarkan pulang ke negara itu.

"Saya telah mendapati ada terlalu banyak contoh daripada pelarian yang diperas ugut oleh pegawai polis yang tidak bertanggungjawab yang mengambil semua wang mereka.

"Seorang dipukul oleh pegawai polis," katanya.

Andrews ialah salah seorang daripada 80 pelapor khas PBB, yang ditugaskan di negara tertentu atau mandat tematik daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS