Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penganalisis ramal BNM naikkan kadar sekali lagi
Diterbitkan:  Jul 4, 2022 10:28 AM
Dikemaskini: 2:28 AM

Beberapa pakar ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar asasnya sebanyak 25 mata lagi pada Rabu, menjadikan ia kenaikan berturut-turut pertama dalam tempoh lebih sedekad.

Menurut laporan Reuters langkah itu dibuat bagi mengekang inflasi antaranya berpunca daripada kedudukan ringgit yang lebih lemah apabila Rizab Persekutuan AS meningkat secara agresif.

Berdasarkan tinjauan Reuters yang melibatkan 22 ahli ekonomi antara 27 Jun hingga 1 Julai, mereka meramalkan kadar itu akan meningkat lagi sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus dalam mesyuarat BNM pada 6 Julai ini.

Kali terakhir BNM menaikkan kadar asas dua kali berturut-turut ialah pada pertengahan 2010.

Namun, lapor Reuters BNM - yang memberitahu mereka mahu untuk mengambil langkah "berhati-hati dan beransur-ansur" - dijangka mengambil tindakan tersebut lebih perlahan berbanding rakan setara lain di seluruh dunia.

Sebilangan besar responden tinjauan (12 daripada 22) juga meramalkan kenaikan 25 mata asas lagi pada Sept kepada 2.5 peratus, manakala baki 10 responden menjangkakan tiada perubahan selepas kenaikan bulan ini.

Walau apa pun, lapor agensi berita itu, apa yang pasti ialah lebih banyak kenaikan kadar akan diambil.

"BNM akan mengambil kira potensi tekanan inflasi yang berpunca daripada kenaikan gaji minimum baru-baru ini, pelarasan ke atas harga siling untuk produk makanan tertentu, dan peningkatan inflasi tarikan permintaan berikutan pembukaan semula ekonomi," kata Derrick Kam, ahli ekonomi Asia di Morgan Stanley, Derrick Kam

Inflasi Malaysia meningkat kepada 2.8 peratus pada Mei berbanding 2.3 peratus pada April. Ringgit Malaysia pula susut pada suku lalu dan melemah hampir enam peratus setakat tahun ini, sekali gus meningkatkan prospek tekanan inflasi yang diimport.

Ahli ekonomi Moody's Analytics, Denise Cheok, pula berkata kedudukan ringgit Malaysia berbanding dolar AS jatuh disebabkan kenaikan kadar yang agresif oleh Rizab Persekutuan AS.

"Dan menaikkan kadar dasar semalaman akan membantu menyokong mata wang dengan mengekalkan perbezaan kadar faedah," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS