Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
ESEI FOTO | Menanti teratai kembali subur di Tasik Chini

ESEI FOTO | Tasik Chini merupakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia. Ia mempunyai ekologi unik yang diisytiharkan Unesco sebagai "rizab biosfera" pada tahun 2009.

Bagaimanapun, penebangan hutan yang berleluasa telah menyebabkan kesusahan kepada masyarakat Orang Asli di Tasik China dan mungkin mengancam status "rizab biosfera" apabila Unesco menjalankan semakan berkala.

Pada masa ini, pelbagai pihak berkuasa sedang berusaha untuk memulihkan kerosakan akibat aktiviti perlombongan dan pembalakan di kawasan sekitar.

Masyarakat Orang Asli turut mengambil bahagian dalam program penanaman semula pokok yang dikendalikan kerajaan, yang dijangka memerlukan sekurang-kurangnya 15 tahun sebelum kawasan yang telah ditebang itu dapat dipulihkan.

Aktiviti perlombongan di kawasan itu telah terhenti sejak tahun lalu. Malaysiakini melawat Tasik Chini pada Mei untuk melihat kesannya terhadap penduduk tempatan.

Pada masa lalu, Tasik Chini terkenal dengan saujana pemandangan bunga teratai yang menakjubkan. Kini, teratai hanya wujud dalam tompokan kecil yang semakin jarang ditemui.

Penduduk Kampung Gumum Joye Ismail mengetuai program semaian pelbagai spesies hutan. Peserta program akan menyemai benih anak pokok sebelum dijual kepada Jabatan Perhutanan.

Lubang-lubang kesan kegiatan perlombongan, tapak kolam mengelilingi Tasik Chini.

Jabatan Perhutanan telah diberi mandat untuk menanam 100,000 pokok di kawasan Tasik Chini. Kira-kira setahun kemudian, mereka telah menanam sekitar 7,000 pohon.

Beberapa lubang yang ditinggalkan oleh aktiviti perlombongan bersaiz sebesar padang bola dan kandungannya didakwa kimia berbahaya.

Masyarakat Orang Asli di Tasik Chini bergantung kepada hutan dan air sekeliling untuk penghidupan mereka. Di sini, sekumpulan kanak-kanak pulang ke Tanjung Puput selepas seharian bersekolah di SK Tasik Chini.

Satu lagi mangsa persekitaran yang rosak ialah Lake Chini Resort, yang telah ditutup selama tiga tahun.

Penduduk Kampung Melai Zaidah Kasim, 50, salah seorang peserta program tanam semula pokok. Di sini, dia bersama beberapa anak pokok di halaman rumahnya.

Penduduk tempatan berkata Tasik Chini dahulunya banyak ikan kelisa dan jelawat tetapi itu cuma tinggal kenangan.

Enapan dari hutan yang tebang telah mengeruhkan perairan Tasik Chini yang dahulunya jernih dan bersih.

Lihat Komen
ADS