Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'SPRM sengaja lengah dakwa Syed Saddiq sebab nak tekan dia'

Pasukan peguam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mambayangkan SPRM sengaja melengah-lengahkan pendakwaan ahli parlimen itu untuk menekannya secara politik.

Perkara itu dibangkitkan dalam perbicaraan penyelewengan Syed Saddiq yang melibatkan RM1.2 juta dana milik Armada Bersatu.

Peguambela Gobind Singh Deo bertanya pegawai penyiasat SPRM Syahmeizy Sulong jika SPRM telah menghubungi Syed Saddiq beberapa kali antara Januari dan Julai 2021 untuk memberitahu ahli parlimen itu bersedia untuk didakwa di mahkamah.

Gobind mendakwa bahawa panggilan itu dibuat oleh seorang lagi pegawai SPRM, Mohd Ihsan Sapuan, atas arahan pegawai tinggi SPRM.

Gambar fail, Gobind Singh Deo.

Bagaimanapun, Syahmeizy menafikan hal berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Gobind: Izin untuk mendakwa pada Januari 2021, tetapi tidak ditangkap sehingga 13 Julai 2021. Itu keterangan kamu.

Syahmeizy: Betul

Gobind: Dan itu bukan pun kamu yang nak tangkap kerana arahan diberi oleh pegawai atasan untuk tangkap dia, betul? Kalau tidak diberi arahan oleh pegawai atasan, kamu tidak akan tangkapnnya betul?

Syahmeizy: Betul.

Syahmeizy kemudiannya mengakui perintah untuk menangkap Syed Saddiq pada Julai 2021 datang daripada ketua Bahagian B SPRM, bernama Abdul Malik.

Dia kemudian memberitahu mahkamah bahawa penangguhan itu kerana terdapat lima kertas siasatan dibuka terhadap ahli parlimen Muar itu, dan perintah sewajarnya diperlukan sebelum SPRM boleh bertindak.

Gobind membantah keterangan itu, mendakwa Syahmeizy tidak tahu sebab penangguhan berkenaan kerana ia di luar kuasanya sebagai pegawai penyiasat.

"Kamu tidak tahu. Kamu cuma buat siasatan. Itu adalah dalam pengetahuan timbalan pendakwa raya," katanya.

‘Ihsan Sapuan’

Semalam, Syahmeizy memberi keterangan dia tidak tahu jika pegawai SPRM yang hanya dikenali sebagai “Ihsan Sapuan” pernah bertemu Syed Saddiq untuk menyatakan simpati kepada tertuduh berhubung siasatan terhadapnya.

Pegawai SPRM itu mengesahkan kepada Gobind bahawa pegawai dengan nama itu memang wujud dalam SPRM.

Peguam itu terus membacakan transkrip perbualan yang didakwa antara Ihsan dan Syed Saddiq yang dikatakan berlaku di rumah ahli parlimen di Petaling Jaya pada 12 Julai tahun lepas.

Gobind kemudian membacakan sebahagian daripada transkrip yang mendakwa Ihsan berkata Syed Saddiq tidak mematuhi permintaan tertentu daripada orang atasan yang tidak dinyatakan, yang mana tertuduh didakwa mengatakan dia bukan 'pencacai politik' dan enggan menandatangani sebarang Akuan Berkanun (SD) untuk sokong Muhyiddin.

Sebahagian transkrip yang dibacakan Gobind didakwa membuatkan Ihsan mengaku SPRM menjadi mangsa dan alat apabila berlaku pertukaran kerajaan daripada pentadbiran Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional berlaku dua tahun lalu.

"Saya juga nak kata yang saya di pihak YB (Syed Saddiq). Saya follow YB di IG (Instagram). YB boleh buat kerja, tapi YB jadi mangsa...," kata Gobind ketika membaca transkrip yang didakwa sebagai perbualan antara Ehsan dan Syed Saddiq.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS