Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: Salah jika orang awam rakam ketika tangkapan, serbuan polis
Diterbitkan:  Aug 1, 2022 12:40 PM
Dikemaskini: 4:40 AM

KDN berkata polis masih belum mendapatkan kamera badan untuk digunakan semasa menjalankan tugas walaupun peruntukan untuknya telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12).

Untuk rekod, kamera badan sepatutnya telah diperoleh dan digunakan pada 2021.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Pakatan Harapan-Kepong) Khamis lalu, kementerian itu berkata pihak yang membuat rakaman ketika tangkapan atau serbuan boleh diambil tindakan kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas dan mengganggu siasatan.

Pada 2020, polis berkata tindakan merakam gambar atau video ketika pihak polis sedang menjalankan siasatan merupakan kesalahan bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang tugas penjawat awam.

Pada tahun itu juga, polis menahan bekas pemimpin siswa Universiti Malaya Wong Yan Ke atas kesalahan merakamkan ketika polis melakukan penyiasatan dan penggeledahan di sebuah rumah.

KDN juga berkata merakam serbuan polis juga melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) kerana mengganggu orang lain.

Mengenai sama ada polis boleh merampas atau memeriksa telefon seseorang atau tidak, kementerian berkata polis boleh berbuat demikian jika telefon itu milik seseorang yang disyaki terlibat dalam jenayah.

Jenayah itu melibatkan Kanun Keseksaan, Seksyen 233 CMA, Akta Hasutan, Akta Pencegahan Keganasan, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Ini bermakna pihak berkuasa boleh merampas atau menggeledah telefon mereka yang merakam polis.

Lihat Komen
ADS