Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Ayuh, sertai Program Minggu Sains Negara bagi tema kejuruteraan!
Diterbitkan:  Aug 18, 2022 2:13 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Selaras dengan gagasan konsep Keluarga Malaysia yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri, Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia (MSNKM) 2022 yang bertema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” sejajar dengan hasrat kementerian untuk menjadikan sains sebagai suatu perkara yang lazim di kalangan rakyat serta menjadikan teknologi sebagai pemangkin ekonomi. 

Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian dan disasarkan sebanyak 1.5 juta penyertaan oleh pelajar sekolah, pelajar IPT dan masyarakat umum. 

Bagi Tema Kejuruteraan iaitu pada Bulan Ogos, program ini telah bermula dari 1 Ogos dan akan berakhir pada 31 Ogos 2022. 

Laman web Minggu Sains Negara iaitu www.minggusainsnegara.com akan diwujudkan bagi menempatkan pelbagai jenis program dan aktivti yang dirangka berdasarkan tujuh bidang fokus.

#MOSTI #MRANTI #MSNKM2022 #MingguSainsNegara #MerakyatkanSainsMenginsankanTeknologi #MSNKejuruteraan #KejuruteraanUntukImpak #STEM #Engineering


Kandungan ini disediakan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS