Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang: Najib sedia untuk sumpah dalam kes LCS pula?
Diterbitkan:  Aug 22, 2022 1:24 PM
Dikemaskini: 5:48 AM

Adakah Najib Razak bersedia bersumpah yang dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 billion?

Persoalan itu dibangkitkan oleh ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang selepas bekas perdana menteri malam tadi melafazkan sumpah laknat bahawa dia tidak melakukan salah laku dalam skandal SRC International.

“Adakah dia kini percaya yang sistem sumpah ini lebih dipercayai, diyakini, dan berkesan berbanding dengan sistem kehakiman untuk menjamin keadilan dan melawan rasuah di dalam negara?

“Adakah dia akan menutup semua fakulti undang-undang di universiti di seluruh negara?” sindir Lim.

Najib ketika bersumpah di Majlis Kampung Baru, Kuala Lumpur malam tadi

Najib semalam melafazkan sumpah mubahalah (saling laknat melaknati) bagi menafikan pembabitannya dalam penyelewengan dana SRC International.

Dalam sumpah itu, dia berkata tidak sedar duit RM42 juta dimasukkan dalam akaunnya, tidak bersetuju untuk mewujudkan SRC untuk mendapatkan dana bagi tujuan peribadi dan 

tidak mengarahkan mana-mana pihah menyeleweng.

Najib juga melafazkan bahawa dia sedia dilaknat Allah jika berdusta.

Prosiding rayuan akhir kes SRC  akan bersambung di Mahkamah Persekutuan esok. 

Setakat ini keputusan hakim tidak menyebelahinya apabila mahkamah menolak permohonan peguam barunya untuk menangguhkan kes.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata dia mengajukan perkara itu kerana  banyak bercakap mengenai skandal LCS berbanding menteri pertahanan sekarang Hishammuddin Hussein dan menteri pertahanan ketika projek PCS diputuskan, Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Lim juga membidas tindakan Najib menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) atas kelewatan itu.

Katanya, selepas pentadbiran 22 bulan, dua kerajaan telah dibentuk dan kedua-duanya lebih lama daripada era PH.

“Mengapa Najib tidak menyalahkan kedua-dua kerajaan ini atas ‘kelewatan’ LCS?” soalnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS