Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy akui pernah dipulau Umno, nafi keluar parti
Diterbitkan:  Sep 19, 2022 12:49 PM
Dikemaskini: 5:10 AM

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengakui dia pernah dipulau dalam Umno dan mendapat pandangan negatif dalam kalangan parti. 

Sebagai membalas kepada laporan berita yang mendakwa dirinya keluar Umno, ahli parlimen Rembau itu menafikan dakwaan tersebut di media sosialnya. 

“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap Umno. 

“Saya menang KP (ketua Pemuda) tapi tak dilantik kabinet dan dipulau, tetap Umno. Waktu kalah PRU14 dan macam-macam pendakwaaan politik, tetap Umno. Saya kalah presiden dan dipandang semacam, tetap Umno. 

“Kena cari kawasan baru pun, tetap Umno. Jangan risau. Dulu, kini, selamanya,” katanya. 

Laporan berhubung dakwaan tersebut dimuat naik di satu laman Youtube yang bertajuk, “KJ keluar Umno! Sah. Keputusan muktamad!! Mengejutkan Umno!!” 

Laporan itu hadir ketika bekas ketua pemuda Umno itu sedang meminta mencari kerusi lain untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15, tanpa menceroboh kawasan calon lain. 

Ia berikutan pendedahannya dia akan memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang juga ketua bahagian Rembau untuk bertanding di Rembau dan tiada kerusi pengganti untuknya setakat ini.

Mohamad Hasan

Khairy yang menyandang kerusi Rembau sejak 2008 berkata dalam senario terburuk, dia mungkin tidak akan bertanding PRU15. 

Lihat Komen
ADS