Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP minta k'jaan mulakan pelan tindakan keselamatan makanan
Diterbitkan:  Oct 2, 2022 3:36 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob membuat pelan tindakan bagi memastikan keperluan makanan masa akan datang mencukupi buat rakyat di negara ini.

“Pada 2021, Malaysia mengimport makanan berjumlah RM63 bilion dan kekurangan ayam serta harga makanan yang tinggi baru-baru ini telah mewujudkan kesedaran mengenai keselamatan makanan di Malaysia.

"Ahli politik dari berbilang kaum, agama dan ideologi telah mengemukakan isu ini dan ini adalah wajar. Pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini, semua ketua kerajaan mengalihkan perhatian mereka daripada Covid-19 kepada gangguan rantaian bekalan makanan dan keperluan lain yang disebabkan oleh wabak itu," kata Sim, yang merupakan timbalan menteri pertanian semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Sim berkata keselamatan makanan menjadi perkara yang membimbangkan dan persoalan mengenai isu itu dibincangkan di mana-mana.

"Mereka yang meremehkan persoalan-persoalan ini bermaka tidak mengambil serius perkara ini," kata Sim.

Kata Sim, meskipun Malaysia tidak berdepan ancaman keselamatan makanan yang serius pada ketika ini, namun kerajaan perlu membuat perancangan dengan teliti.

Keselamatan makanan diukur menerusi empat kriteria iaitu ketersediaan, kemampuan, keselamatan dan kualiti, sumber asli dan daya tahan.

"Malaysia berada di kedudukan ke-39 dalam indeks keselamatan makanan global dan ke-2 di Asia Tenggara. Kedudukan yang tidak buruk, walaupun sektor pertanian kita, yang pernah menjadi tunjang utama ekonomi, telah diabaikan selama bertahun-tahun.

"Bagaimanapun, tahun 2020 dan seterusnya telah mengubah perspektif sehingga memaksa pertimbangan isu mengenai makanan, tanaman dan bekalannya menjadi perkara yang membimbangkan," kata Sim.

Tambah Sim, empat perkembangan utama menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan makanan di peringkat global dan juga di Malaysia.

"Pertama sekali, sekatan perjalanan yang disebabkan oleh Covid-19 menyebabkan gangguan rantaian bekalan global. Ia telah mengubah rantaian bekalan selama-lamanya, termasuk perdagangan dalam makanan.

"Kedua, perang perdagangan dan perselisihan antara China dan AS telah merebak kepada perdagangan makanan juga. Perang perdagangan akan bertambah sengit pada masa hadapan.

"Faktor ketiga yang merumitkan keadaan ialah perang Rusia dan Ukraine yang bermula pada 24 Feb tahun ini. Sebelum bermulanya pertempuran, Ukraine memiliki 30 peratus daripada bekalan gandum global dan Rusia adalah negara pengeksport baja terbesar di dunia.

"Perkembangan keempat dan, berkemungkinan, yang paling penting ialah perubahan iklim. Kejadian gelombang haba yang melampau, diikuti dengan kemarau, dan banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini di negara seperti Pakistan, menyebabkan kekurangan bekalan makanan global," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS