Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Media berkumpul di luar Istana, tunggu PM mengadap Agong

Sejumlah pengamal media berkumpul di luar pintu masuk Istana Negara seawal jam 7.30 pagi tadi berikutan laporan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengdap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Walaupun tidak dipastikan jika Ismail akan memohon perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen, dia memang dijadual mengadap Agong pada pukul empat petang ini.

Ia adalah rutin mingguan perdana menteri sebelum mesyuarat kabinet diadakan.

Seorang sumber di Putrajaya memberitahu Malaysiakini yang Ismail dijangka mengadap Agong pada pukul 4.30 petang ini.

Pagi ini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan kunjungan ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) untuk diberi taklimat berkenaan situasi banjir dan cuaca akhir tahun.

Kunjungan itu diadakan ketika desakan kepimpinan tertinggi Umno agar Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob segera membubarkan Parlimen, bagi memberi laluan kepada PRU15.

PH dan Perikatan Nasional (PN) pula berpandangan PRU15 hanya diadakan selepas musim monsun timur laut iaitu bermula November ini sehingga Mac tahun depan.

Menurut pemberita yang berkumpul, setakat ini tiada apa yang berlaku di situ, kecuali kenderaan yang keluar untuk membawa Agong ke PRABN.

Lihat Komen
ADS