Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP PKR: Belanjawan 2023 kurangkan subsidi dan bantuan sosial
Diterbitkan:  Oct 7, 2022 9:49 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, meskipun kerajaan cuba mewujudkan persepsi bahawa ia peduli rakyat melalui pelbagai habuan dan bantuan dalam Belanjawan 2023, realiti sebenar adalah sebaliknya.

Kata Wong, belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini menyaksikan pengurangan subsidi dan bantuan sosial.

Memetik tinjauan fiskal kerajaan untuk tahun depan, Wong berkata kerajaan sebenarnya mengurangkan peruntukan untuk subsidi dan bantuan sosial daripada RM58.9 bilion tahun ini kepada RM42 bilion tahun depan.

Ini merupakan pengurangan sebanyak 28.7 peratus, atau RM16.9 bilion.

“Menteri kewangan telah membacakan senarai panjang habuan dan bantuan sosial sejak sejam yang lalu. Kerajaan cuba mewujudkan persepsi bahawa ia prihatin terhadap rakyat dan akan memberikan banyak bantuan, tahun depan.

"Persepsi ini tidak benar!" katanya dalam catatan Twitter hari ini.

Terdahulu Zafrul mengumumkan belanjawan RM372.3 bilion untuk tahun depan, yang merupakan belanjawan terbesar pernah dicadangkan oleh kerajaan Malaysia.

Belanjawan 2023 merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Wong menyifatkan belanjawan itu sebagai "belanjawan untuk orang kaya".

“Taikun dan kontraktor kerajaan mungkin meraikannya. Sejumlah RM94 bilion projek kerajaan akan datang dalam perancangan tahun depan!

“Semasa mereka meraikannya, hutang negara kita yang tidak mampan akan meningkat sebanyak RM97 lagi pada tahun hadapan," katanya.

Dia menambah bahawa perbelanjaan pembangunan dalam satu tahun biasa hanya RM50 hingga RM60 bilion, berbeza dengan RM95.1 bilion yang dicadangkan dalam Belanjawan 2023.

Walaupun perbelanjaan besar-besaran, unjuran kerajaan sendiri tidak menggambarkan kesan "menurun" daripada pekerja yang diambil bekerja untuk melaksanakan projek tersebut.

Sebaliknya, pendapatan per kapita diunjurkan berkurangan sebanyak 1.2 peratus daripada RM50,314 kepada RM49,717.

“Jadi selepas mengepam hampir RM100 bilion dalam projek, kerajaan meramalkan rakyat Malaysia akan menjadi 1.2 peratus lebih miskin pada 2023.

“Adakah ini bukan belanjawan yang memihak kepada golongan elit dan kaya, yang ditulis oleh golongan elit kaya?” katanya.

Wong juga mengkritik kerajaan kerana mengambil RM35 bilion daripada Petronas tahun depan.

Dia menyatakan rasa terkejut dengan pendedahan kerajaan bahawa ia mengambil RM50 bilion daripada Petronas tahun ini, yang didakwanya tidak diluluskan oleh parlimen.

“Kerajaan sentiasa berkata bahawa Malaysia perlu menghentikan pergantungan hasil kepada minyak dan gas. Memerah RM35 bilion daripada Petronas bukanlah satu tindakan disiplin fiskal tetapi sebaliknya […]

"Kemunafikan untuk dilihat oleh semua ialah hakikat bahawa MoF kini memperjuangkan Akta Tanggungjawab Fiskal," katanya.

Sim Tze Tzin

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata anggaran hasil kerajaan sebanyak RM272.6 bilion adalah "super optimistik" dan sukar untuk dicapai.

“Adakah kerajaan akan mengenakan GST? Atau kerajaan akan terus susukan Petronas. Unjuran pendapatan sangat optimistik. Zafrul mesti tunjukkan wang itu kepada kita,” katanya.

Bagi subsidi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Sim berkata kenaikan RM100 juta (enam peratus) tidak mencukupi ketika harga makanan haiwan global naik 200 peratus, dan harga baja meningkat 150 peratus.

Sim menyifatkan Belanjawan 2023 sebagai "belanjawan pilihan raya" yang sarat dengan "habuan dengan semua orang".

“Sekiranya parlimen dibubarkan sebelum ia diluluskan, kita menjangkakan belanjawan baru yang disemak akan dibentangkan. Belanjawan baru itu nanti akan 'pil pahit'," katanya.

Lihat Komen
ADS