Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aktivis Uyghur kecewa Malaysia berkecuali dalam undian di PBB

Pemimpin Uyghur mengakui menerima tamparan hebat apabila Maljis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak usul untuk membahaskan dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh China terhadap umat Islam Uyghur di Xinjiang.

Dalam undian melibatkan 47 negara itu, sebanyak 19 anggota majlis itu menentang, 17 menyokong, dan 11 berkecuali, termasuk Malaysia. Ia dianggap sebagai kejayaan bersejarah bagi Beijing kerana ini hanyalah usul kedua yang ditolak dalam sejarah 16 tahun majlis itu.

Usul yang diketuai negara Barat itu menuntut perbahasan mengenai dakwaan pencabulan hak terhadap masyarakat Islam Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang barat China.

"Bagi kami, ini adalah masalah yang mengerikan. Secara peribadi, saya tidak pasti sama ada ibu bapa saya masih hidup. Kami fikir China cuba mengawal sistem itu, dan ia berjaya

“Kami tetap membawa isu itu kepada undian majlis hak asasi manusia PBB, dan kalah 19-17 dengan banyak negara berkecuali adalah sangat mengecewakan,” kata pengarah eksekutif Pusat Pengajian Uyghur Abdulhakim Idris kepada Malaysiakini dalam temu bual eksklusif.

Masyarakat Uyghur, katanya, menghargai sokongan Malaysia, tetapi sukar untuk menerima keputusan Malaysia yang berkecuali dalam undian berkenaan.

"Malaysia adalah negara yang amat penting untuk meyakinkan umat Islam di seluruh dunia tentang ketidakadilan yang serius sedang berlaku. Umat Islam menganggap jika Malaysia tidak masuk campur mengenai masalah Uyghur, semuanya baik-baik sahaja," katanya.

Turkistan Timur juga dikenali sebagai Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang China kepada sesiapa sahaja di luar diaspora Uyghur, di mana kerajaan didakwa melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai terhadap kumpulan etnik majoriti Islam.

Kertas putih bertajuk "Menghormati dan Melindungi Hak Semua Kumpulan Etnik di Xinjiang" yang dikatakan diterbitkan pada Julai tahun lalu oleh Pejabat Penerangan Majlis Negara China mendakwa bahawa kerajaan telah menegakkan "pendekatan berpaksikan rakyat terhadap perlindungan hak asasi manusia."

Akta Dasar Hak Asasi Manusia Uyghur 2020 telah diluluskan di bawah pentadbiran Donald Trump.

Trump dan Presiden AS, Joe Biden dengan secara terbuka mengkritik penindasan China terhadap masyarakat Islam Uyghur.

Malaysia telah mengesahkan pendiriannya pada September 2020 bahawa ia akan menolak untuk menghantar pulang mana-mana pelarian Uyghur, walaupun atas permintaan China, memetik dasar Putrajaya tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Malah, Omer Kanat, pengerusi jawatankuasa eksekutif Kongres Uyghur Sedunia, mengunjungi Malaysia awal tahun ini untuk membina perpaduan di kalangan negara-negara Islam berhubung isu masyarakat Islam Uyghur.

Malaysiakini telah menghubungi Kedutaan China di Kuala Lumpur dan masih menunggu maklum balas mereka berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap masyarakat Uyghur.

[Baca laporan asal]

Lihat Komen
ADS