Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bolehkah bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang?

Ini adalah persoalan yang dibangkitkan oleh peguam, ahli parlimen Pekan itu, Muhammad Shafee Abdullah semasa pengurusan kes saman pengerusi penasihat BN tersebut untuk dibenarkan menghadiri sidang Parlimen.

Muhammad Shafee Abdullah

Semasa perkara yang ditetapkan untuk dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, Peguam Persekutuan, M Kogilambigai yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC), memohon supaya perkara itu ditangguhkan ke tarikh lain.

Wakil undang-undang bagi tiga responden - kerajaan, menteri dalam negeri dan komisioner jeneral Jabatan Penjara - memaklumkan bahawa mereka memerlukan masa untuk meneliti hujahan bertulis yang difailkan oleh pasukan peguam Najib.

Katanya, ini adalah supaya responden boleh menyediakan hujahan bertulis mereka sendiri sebagai menjawab perbalahan ahli Parlimen Pekan itu.

Kogilambigai menambah bahawa tiada keperluan mendesak lagi dalam perkara itu kerana Parlimen telah dibubarkan dua hari lalu.

Pada ketika ini, Shafee kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa perbicaraan dijadualkan semula pada Jumaat ini kerana terdapat beberapa isu perundangan yang serius yang perlu diputuskan.

Najib Razak

Peguam itu berkata antaranya ialah sama ada Najib boleh dicalonkan semula atau tidak untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Najib mempunyai hak hadir ke Parlimen. Peruntukan undang-undang memberi hak kepada banduan untuk ditemani (dan hadir ke Parlimen).

"Namun, laporan mengatakan Parlimen dibubarkan, soalan berbangkit sama ada Najib boleh hadir ke tempat pencalonan dan dicalonkan (pada PRU15),” soal Shafee.

Tambah peguam itu, saman berkenaan perlu didengar secepat mungkin berikutan isu teras yang dikaitkan dengan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid kemudian menjadualkan semula perbicaraan pada Rabu minggu depan.

Pada 5 Okt lepas, Najib yang juga adalah bekas menteri kewangan memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk dibenarkan menyertai prosiding Dewan Rakyat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS