Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Pening juga', negeri lain minta tanding kecuali P Pinang, gurau Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bergurau mengatakan dia kini 'pening' dengan tawaran kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Penyandang kerusi parlimen Port Dickson itu berkata kepimpinan negeri tertentu seperti Negeri Sembilan, Johor dan Perak meminta dia bertanding di mana-mana kawasan.

"Itulah 'seriously' pening juga… Negeri Sembilan minta, Johor minta, Perak minta.. Pulau Pinang saja tidak minta saya balik bertanding

“Negeri Sembilan tanya, Johor tanya, Perak tanya... Pulau Pinang sahaja tidak minta saya balik bertanding,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Iltizam Wanita PH di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, Anwar yang juga presiden PKR membayangkan akan memberi laluan kepada calon lain yang mewakili parti itu untuk bertanding merebut kerusi parlimen Port Dickson ketika ini.

Antara nama yang disebut ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Bulan lalu Anwar juga membayangkan dia tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Port Dickson dan mungkin bertanding kerusi yang disandang oleh 'pengkhianat' PKR dan PH - tanpa menyatakan secara spesifik yang mana satu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS