Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kita perlu Ketuanan Malaysia, bukan Ketuanan Melayu - Kit Siang
Diterbitkan:  Nov 1, 2022 1:33 PM
Dikemaskini: 5:33 AM

Malaysia memerlukan konsep Ketuanan Malaysia, bukan Ketuanan Melayu jika mahu menjadi negara majmuk bertaraf dunia, kata ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang.

Katanya, konsep Ketuanan Melayu cuma penyamaran kepada ‘Umnoputra’ yang didakwanya menjadi kaya raya ketika golongan bumiputera sebenar miskin dan tertinggal.

“Kedua, ia bertentangan dengan prinsip asal pembinaan Malaysia bahawa Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, adalah rakyat Malaysia yang sama rata dan tiada golongan kelas pertama, kedua, atau ketiga,” katanya.

Lim berkata demikian dalam acara pengumuman calon  Pakatan Harapan di Papar, Sabah, pagi tadi.

Lihat Komen
ADS