Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS rela jadi pembangkang jika gagal raih majoriti

PAS rela menjadi pembangkang jika Perikatan Nasional (PN) gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata presidennya Abdul Hadi Awang.

Dia berkata parti itu mempunyai prinsip dan mahu kepimpinan bersih untuk menerajui kerajaan pasca-PRU15.

"Kita sanggup jadi pembangkang ... PAS jadi pembangkang berpuluh-puluh tahun tak jadi masalah.

“Kita tak mahu kerajaan tak bersih. Kita berprinsip, kita bukan parti yang hanyut," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Petang Bersama Presiden PAS di Cheng di Melaka hari ini.

Dia berkata demikian mengulas laporan mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkenaan gabungan antara PN dan BN untuk membentuk kerajaan selepas PRU ke-15 jika kedua-dua pihak gagal mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRU ke-15.

- Bernama

Lihat Komen
ADS