Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar berhak dapat peluang ini, kata Syed Husin Ali

Bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali percaya bahawa Anwar Ibrahim layak untuk memimpin negara, walaupun situasi politik kemungkinan bergelora.

Malah, katanya, pelantikan Anwar sebagai perdana menteri ke-10 kemungkinan menjadi titik perubahan negara.

“Anwar berhak mendapat jawatan ini. Dia telah menunggu sangat lama.

"Malah dia dihalang oleh beberapa pemimpin yang bimbang rasuah mereka akan terbongkar," kata Syed Husin kepada Malaysiakini.

Katanya, Anwar tidak melangkah ke tampuk kuasa dalam situasi yang mudah.

“Ada tiga program penting yang dia perlu tangani. Dia perlu memperbaiki keadaan ekonomi rakyat terutama dengan mengatasi kemiskinan dan mengurangkan kos sara hidup.

"Dia perlu berusaha ke arah penubuhan perpaduan nasional dan dia mesti mula membanteras rasuah," tambah Syed Husin.

Walaupun terdapat euforia di kalangan penyokongnya, kata Syed Husin, perlu diakui bahawa PKR terpaksa bergelut dengan perpecahan antara parti pada masa lalu.

Selain itu, kata Syed Husin, pihak yang meletakkan harapan tinggi untuk pembaharuan yang progresif juga perlu akur bahawa Anwar tidak mempunyai mandat yang kuat untuk membuat perubahan besar.

Bekas ahli akademik itu ditahan di bawah ISA bersama Anwar selepas menggerakkan bantahan golongan petani dan pelajar pada 1974.

Syed Husin mengakui bahawa polarisasi semakin meningkat dengan PAS kini parti tunggal terbesar di parlimen.

“Saya yakin Anwar akan dapat mengawal trend ke arah ekstremisme kaum dan agama serta perpecahan.

“Ia juga membantu Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan baru dan tidak boleh memainkan garis perkauman yang melampau sekarang,” kata Syed Husin yang pernah menjadi presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) dari 1990 hingga 2003 sehingga ia bergabung dengan Parti Keadilan Nasional untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Syed Husin bertanding tiga pilihan raya Dewan Rakyat pada 1990-an tetapi kalah sebelum berkhidmat di Dewan Negara selama dua penggal dari 2009 hingga 2015.

Syed Husin berkata perdana menteri daripada parti berbilang kaum akan memberi mesej positif.

“Saya fikir ia satu langkah penting. Saya harap rakyat Malaysia akan menggunakan ini untuk akhirnya mengatasi beban parti politik kaum dan agama,” tambahnya.

Lihat Komen
ADS