Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kabinet setuju potong gaji menteri 20 peratus
Diterbitkan:  Dec 5, 2022 4:35 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Anwar berkata pemotongan gaji itu akan dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

 “Kalau ekonomi pulih (dalam tempoh) tiga tahun, kita kaji semulalah… potong gaji ini memang tidak wajar, tetapi saya berterima kasih ke atas kesediaan mereka (Jemaah Menteri) melakukan sedikit pengorbanan.

“Ada orang kata Anwar patutlah dia tak ambil gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, tak betul… gaji ini satu sahaja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS