Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
Diterbitkan:  Dec 21, 2022 11:48 AM
Dikemaskini: 4:09 AM

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin supaya pulang daripada bercuti ketika berlaku bencana banjir.

Katanya, ketika pentadbiran Najib Razak dulu seluruh anggota kabinet diarah pulang walaupun berada di luar negara.

“La ni (sekarang ini) tak perlulah sebarang arahan, sebagai pemimpin yang dipilih faham-faham sendirilah!” katanya ringkas tanpa merujuk secara langsung mana-mana pihak.


Baca: Tak timbul isu MB T'ganu tiada kerana keadaan terkawal, kata exco


Orang kuat Najib, Lokman Noor Adam malam tadi mendakwa Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar sedang bercuti di New Zealand ketika banjir besar melanda negeri PAS itu.

Ahmad Samsuri Mokhtar

Mendakwa mempunyai maklumat terperinci percutian itu, Lokman mendakwa Samsuri  berlepas ke Auckland pada 11 Dis dan hanya dijangka pulang esok (22 Dis).

Kelantan dan Terengganu menjadi negeri paling teruk dilanda banjir pada musim tengkujuh tahun ini.

Setakat ini , jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 40,456 orang daripada 11,097 keluarga berbanding 39,311 orang daripada 10,937 malam tadi.

Lihat Komen
ADS