Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isteri Daim meninggal dunia
Diterbitkan:  Jan 23, 2023 10:15 AM
Dikemaskini: 2:15 AM

Mahani Idris, isteri kepada bekas menteri kewangan dan ahli perniagaan, Daim Zainuddin, meninggal dunia malam Ahad lalu.

Menurut laporan Astro Awani, punca kematiannya belum dapat dikenal pasti.

"Dengan berat hati ingin memaklumkan kepada semua bahawa Mami (Toh Puan Mahani Idris) telah kembali dengan aman kepada Yang Maha Esa," menurut sumber rapat dengan keluarga Allahyarham.

Dilaporkan jenazah Allahyarham dimandikan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi ini.

Jenazah akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan di ibu negara selepas solat Zohor dan dijadual disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul 2 petang ini.

Allahyarham turut meninggalkan lima orang anak.

Lihat Komen
ADS