Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Indeks rasuah: NGO gesa kerajaan bebaskan SPRM
Diterbitkan:  Feb 2, 2023 1:14 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mesti melaksanakan apa yang sering diungkapkan dalam usaha menentang rasuah melalui reformasi yang telah lama tertunda, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

C4 berkata demikian selepas skor Malaysia dalam Transparency International (TI) CPI 2022 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut, yang menjadikan 47 daripada 100 mata dalam indeks.

Kumpulan antirasuah itu perdana menteri harus memperbarui SPRM dan menyemak semula Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

C4 berkata SPRM sebagai agensi membanteras rasuah perlu diberikan kebebasan dan autonomi penuh untuk menjalankan tanggungjawab mereka. 

Ia berkata SPRM mesti dibebaskan daripada sebarang pengaruh atau campur tangan yang tidak wajar daripada pihak luar seperti eksekutif.

C4 menambah bahawa entiti pengawasan mesti dibentuk untuk menyelia pelantikan SPRM untuk jawatan ketua pesuruhjaya, belanjawannya, dan perkar berkaitan tenaga kerjanya. 

Buat masa ini, SPRM terletak bawah bidang kuasa perdana menteri.

Sementara itu, C4 berkata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu dipinda untuk membolehkan pendedahan kepada pihak luar, seperti media, ahli parlimen, pertubuhan masyarakat sivil, dan badan lain yang tidak disenaraikan dalam akta tersebut.

“Pada masa sama, sediakan pembelaan kepentingan awam kepada pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat walaupun ia tidak dibenarkan dalam undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 serta Seksyen 203A Kanun Keseksaan,” menurut C4.

Pada 31 Jan, TI mengumumkan bahawa Malaysia berada di kedudukan 61 dalam indeks CPI pada 2022.  Pada 2021, ia berada di kedudukan 62.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS