Paling Popular
Terkini

Bekas Ahli Parlimen Jelebu Yunus Rahmat, 68, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Berita pemergian Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang itu disahkan isterinya Juriah Suleiman ketika dihubungi Bernama.

“Saya tak sangka dia pergi, tadi kami nak pergi mesyuarat dan dia duduk di kerusi dalam pejabat mengadu sakit belakang, tetapi tiba-tiba dah tak sedar dan kami segera bawa beliau ke hospital. Doktor sahkan Datuk meninggal dunia.

“Sebelum ini, Allahyarham ada minta nama-nama keluarga yang dah meninggal dunia untuk buat kenduri tahlil...tak sangka dia pergi secepat ini, pada Jumaat,” katanya menambah jenazah Allahyarham masih berada di Kuantan dan akan dibawa ke Seremban untuk dikebumikan esok.

Allahyarham merupakan Ahli Parlimen Jelebu mewakili Barisan Nasional dari 1995 hingga 1999 dan ADUN Klawang (2008 hingga 2018) selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan dari 2008 hingga 2013.

Beliau kemudian mengumumkan menyertai Bersatu pada 2018.

- Bernama

Lihat Komen
ADS