Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih 600 orang ditangkap bawah Sosma tahun lepas
Diterbitkan:  Mar 3, 2023 12:57 PM
Dikemaskini: 4:58 AM

Bagi tahun 2022, pihak polis telah membuat tangkapan seramai 624 orang bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). 

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution berkata, daripada jumlah tersebut seramai 71 tangkapan dituduh di mahkamah, 401 dijatuhi hukuman, 140 dibebaskan dan 12 masih disiasat. 

Katanya, lingkungan umur mereka terdiri daripada 18 hingga 69 tahun.

Saifuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis di parlimen terhadap soalan Chow Yu Hui (Pakatan Harapan-Raub) yang mahu tahu jumlah tangkapan Sosma, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) dan  Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).

Sementara itu, bagi kesalahan pOCA pula seramai 132 orang telah ditangkap, yang melibatkan pecahan umur dalam lingkungan umur 19 hingga 59 tahun.

Sosma ialah sebuah undang-undang yang kontroversi kerana membenarkan penahanan 28 hari tanpa waran.

Ia juga membenarkan sesetengah pegawai polis menafikan akses tahanan kepada saudara terdekat atau peguam dalam masa 48 jam.

Hak-hak tahanan bawah Kanun Acara jenayah, termasuk mendapatkan peguam, tidak terpakai bawah Sosma.

Sementara itu, bagi kesalahan Pota pula, hanya satu (1) orang tangkapan dibuat dan telah dikenakan perintah tahanan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS